Kedai RuncitPilihan Editor

Komputer meja pertama HUAWEI MateStation S berharga RM2,999

HUAWEI MateStation S dilengkapi prestasi hebat bagi membantu pengguna memberikan yang terbaik dalam tugas seharian.
HUAWEI MateStation S dilengkapi prestasi hebat bagi membantu pengguna memberikan yang terbaik dalam tugas seharian.

PENERAJU teknologi peranti pintar, HUAWEI maju selangkah ke hadapan dengan memperkenalkan komputer meja (desktop) pertama mereka, HUAWEI MateStation S bagi memberikan pengalaman lebih mudah, profesional dan cekap seterusnya meningkat produktiviti pengguna.

Berikut merupakan tujuh sebab mengapa pengguna harus mendapatkan HUAWEI MateStation S.

Papan kekunci anggun, selesa

Image

HUAWEI MateStation S dilengkapi papan kekunci HUAWEI Butang Kuasa Dengan Pengesan Cap Jari, teknologi cap jari pertama di dunia yang menghidupkan dan membuka kunci komputer meja.

Papan kekunci ini juga dihiasi bingkai logam tipis pada  kekunci sekali gus menyerlahkan lagi rekaannya yang minimum dan anggun.

Setiap kekunci direka dengan ukuran 16.05 mm x 6.05 mm bagi pengalaman menaip yang selesa.

Setiap kekunci turut mempunyai mekanisme kekunci gunting dengan perjalanan 2.5 mm dan kepuasan ketika menaip sesuai buat mereka yang banyak melakukan kerja penyuntingan.

Cekap melakukan pelbagai tugasan

Image

Dengan HUAWEI MateStation S, pengguna dapat melakukan pelbagai tugasan pada masa sama kerana ia menyokong Huawei Share dengan lebih baik.

Pengguna boleh menyentuh telefon pintar di sebelah kanan kekunci Shift pada papan kekunci bagi mengaktifkan Kerjasama Pelbagai Skrin (Multi-screen Collaboration).

Apabila kedua-dua peranti dihubungkan, telefon pintar boleh dinavigasi dari HUAWEI MateStation S selain peranti mudah alih juga dapat memanfaatkan ciri-ciri yang ada pada komputer meja pertama HUAWEI.

Hanya dengan satu sentuhan atau fungsi seret dan lepas (drag and drop), pengguna dapat mengakses, menyunting dan berkongsi fail, gambar mahupun teks.

Pengguna juga boleh menyalin dan menampal kandungan di antara kedua-dua peranti dengan mudah.

Mampu memaparkan satu tetingkap utama dan dua tetingkap sekunder, pengguna dapat melakukan beberapa tugasan dalam satu paparan pada HUAWEI MateStation S seterusnya meningkatkan kecekapan dan produktiviti.

Sesuai untuk ruang meja terhad

Reka bentuk HUAWEI MateStation S menggunakan reka bentuk minimum dan sederhana yang diilhamkan dari ruang.

Saiz yang kompak dengan kapasiti 8.6L hanya sepertiga daripada saiz komputer meja biasa menjadikan HUAWEI MateStation S pilihan tepat bagi pengguna yang mempunyai ruang meja terhad di tempat kerja atau belajar.

Selain itu, bahagian depan dan belakang HUAWEI MateStation S juga mempunyai port yang disesuaikan dengan reka bentuk minimalis bagi melengkapkan gaya dan penampilan canggih.

Pengalaman menonton mengagumkan

Image

Mempunyai paparan Full HD 23.8 inci dengan tiga bezel ramping berserta 90 peratus nisbah skrin ke badan, ia pasti memberikan kualiti gambar definisi tinggi untuk dokumen, gambar mahupun video.

Paparan ini juga sudah lulus pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light dan pensijilan Bebas Kelipan yang mana pengguna dapat menikmati pengalaman menonton yang selesa walaupun untuk jangka masa lama.

Penyejukan pintar, senyap

Image

Sistem penyejukan canggih pada di HUAWEI MateStation S memungkinkannya memanfaatkan potensi penuh pemproses dan memberikan prestasi yang lebih baik.

Mempunyai kipas menegak yang bekerjasama dengan pendingin bionik berkepadatan tinggi, ia dapat memberikan prestasi penyejukan yang baik.

Kipas yang beroperasi secara senyap ini juga menghasilkan bunyi serendah 22dB ketika peranti tidak aktif. Pada tahap maksimum, ia berjalan hanya pada 28dB jadi ia tidak akan mengganggu individu lain yang berhampiran.

Sambungan lancar dan pantas dengan MIMO Wi-Fi dan Bluetooth 5.0

Image

HUAWEI MateStation S turut dilengkapi ciri bersepadu 2×2 MIMO Wi-Fi yang ditetapkan untuk Internet, dan Bluetooth 5.0 untuk sambungan persisian tanpa wayar.

Di bahagian depan HUAWEI MateStation S, terdapat port USB-C yang menyokong pengecasan telefon pintar pantas 18W.

Bahagian belakang pula terdapat port Ethernet RJ45, port USB-A, HDMI, VGA dan port Serial yang menyokong pengguna dengan tugasan berbeza.

Prestasi profesional

Sinonim dengan produk HUAWEI yang lain, HUAWEI MateStation S juga dilengkapi dengan prestasi hebat bagi membantu pengguna memberikan yang terbaik dalam tugas seharian.

HUAWEI MateStation S yang dikuasakan oleh pemproses 7 nm, 6-core AMD Ryzen™️ 5 4600G bakal memberikan prestasi luar biasa buat pengguna.

Pemproses yang merangkumi Radeon™️ Graphics turut menawarkan prestasi grafik lebih pantas bagi menyokong beban kerja multimedia.

Ia juga hadir dengan pembaca cap jari 2-dalam-1 dan butang kuasa bagi membawa pengguna terus ke komputer secara selamat dengan hanya menekan satu butang.

Dilengkapi dengan NVMe di papan utama, HUAWEI MateStation S menyokong kelajuan membaca dan menulis yang tinggi bagi meningkatkan produktiviti pengguna ke tahap terbaik.

Pengguna juga dapat memindahkan data pada kelajuan luar biasa dengan adanya pemacu berkelajuan tinggi (SSD). Sambungannya ke slot PCIe empat lorong dapat mampu menyokong jalur lebar maksimum sehingga 32 Gbps.

Selain slot PCIe 16-lorong dan lorong tunggal, papan utama HUAWEI MateStation S juga merangkumi dua slot M.2 2280 dan dua slot SODIMM bagi menyokong memori DDR4 saluran dua untuk tambahan SSD atau HDD dan RAM sekiranya pengguna ingin meningkatkan keupayaan komputer selepas pembelian.

Di samping itu, nantikan juga HUAWEI Wi-Fi AX3 Dual Core dilengkapi dengan WiFi-6 yang berupaya diaktifkan sehingga 3000 Mbps dan WiFi Mesh.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai HUAWEI MateStation S dan ciri-cirinya yang luar biasa di HUAWEI Store Online atau HUAWEI Experience Store di seluruh Malaysia sekarang.

Anda juga mungkin membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM855* dengan setiap pembelian.  – BERITA HARIAN ONLINE

*Tertakluk pada terma dan syarat

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close