Kedai RuncitPilihan Editor

Kebajikan “Rider” Penghantar Makanan Termasuk Grab Mendapat Perhatian Ahli Dewan Rakyat

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Tolong lihat kebajikan penghantar-penghantar makanan berdaftar !

Tolong lihat kebajikan seperti GrabFood, FoodPanda, Tapau, Lalamove dan syarikat-syarikat lain yang telah berdaftar online !

Mereka ini adalah frontliners negara !

Mereka juga di antara penyumbang besar kepada usaha kerajaan untuk mengawal penyebaran pandemik COVID-19 !

 

Perkara ini telah diambil perhatian seorang Ahli Dewan Rakyat dari Parlimen Baling, Yang Berhormat Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang berbahas dalam Belanjawan 2021 di Parlimen Malaysia pada 19 November 2020 lalu.

Walaupun perkara ini dilihat suatu perkara yang remeh dalam membangkitkan isu-isu yang lebih besar, namun dalam keadaan pandemik Covid-19 ini, ekonomi Gig adalah antara perkara utama yang diberikan perhatian.

Seperti mana yang dibahaskan Ahli Parlimen Baling, beliau turut ingin mengesyorkan satu perkara penting iaitu seperti yang dikatakan;

” Yang ini tidak ramai kawan bawa, saya hendak bawa. Saya hendak mencadangkan agar kerajaan menimbangkan dana bantuan khas diperluaskan kepada penghantar-penghantar makanan berdaftar seperti GrabFood, FoodPanda, Tapau, Lalamove dan syarikat-syarikat lain yang telah berdaftar online.

“Memudahkan rakyat melalukan pembelian harian tanpa keluar rumah masingmasing demi melaksanakan penjarakan sosial. Oleh kerana mereka juga di antara penyumbang besar kepada usaha kerajaan untuk mengawal penyebaran pandemik COVID-19.

“Sedar atau tidak, mereka ini juga di antara frontliners yang membantu kerajaan dalam melaksanakan SOP, MCO, PKP, PKPB yang mendedahkan diri mereka dalam risiko COVID-19 ini” kata Abdul Azeez.

 

Beliau juga bersetuju dengan Ahli Parlimen Bagan Datuk yang telah menyatakan tadi bahawa khas peminjam-peminjam syarikat credit leasing yang pinjam untuk bas, van dan sebagainya, kata Ahli Parlimen Baling, di kawasan beliau, anak-anak muda yang buat Grab naik motosikal pergi pinjam duit, selepas itu apabila dikatakan moratorium, Perdana Menteri umum, Menteri Kewangan umum, mereka ingat dia pun ada moratorium, last sekali motor kena tarik.

“Apabila kena tarik, dengan hendak hantar makanan dekat orang, dengan makanannya pun kena tarik.

“Oleh kerana apa?

“Oleh kerana syarikat-syarikat credit leasing tidak di bawah kelolaan Bank Negara dan juga Kementerian Kewangan.

“Saya hendak mengesyorkan kepada kerajaan di bawah Kementerian Kewangan, kalau boleh cepatkan, laksanakan, kita hendak buat, bawa rang undang-undang ini untuk kita luluskan, diletakkan di bawah Bank Negara dan MOF untuk diselenggarakan.

“Jadi, saya harap ini dapat dilakukan,” ujar beliau lagi.

Abdul Azeez ketika berbahas turut melahirkan kebimbangan bahawa kita terpaksa berhadapan dengan satu keadaan yang amat sukar kerana bukan negara kita sahaja malah seluruh dunia tidak ada pengalaman langsung menghadapi krisis pandemik COVID-19 ini.

Dengan hasil yang mungkin menguncup serta perbelanjaan yang semakin membesar.

“Kita seharusnya meletakkan penarafan (rating) sebagai perkara kedua dan meletakkan kebajikan serta kesihatan rakyat sebagai keutamaan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi kepada pihak kerajaan melalui Kementerian Kewangan yang telah berbincang dengan pihak KWSP yang telah mengubah keputusan awal berkaitan pengeluaran wang pencarum seperti yang diumumkan baru-baru ini dengan kaedah-kaedah yang baharu.

“Di sini, saya juga berharap agar adanya penambahbaikan daripada semasa ke semasa mengikut tuntutan dan keperluan pencarum. Tolong, jangan abaikan hal ini. Ini adalah amat penting untuk seramai 14.7 orang juta rakyat yang kita sayangi,” kata Abdul Azeez lagi. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close