Dimensi BisnesPilihan Editor

Lebih 120,000 Rakan Pemandu & Penghantar Bakal Menikmati GrabBenefits Diperbaharui Yang Dilancarkan Grab Malaysia

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Meningkatkan kemahiran !

Meningkatkan daya tahan kewangan !

Memberi tambahan produk insurans !

Melindungi kehidupan !

Melindungi   pemandu dan penghantar di dalam ekonomi Gig di Malaysia !

Semua inovasi yang ditampilkan adalah menerusi pelancaran program GrabBenefits oleh Grab Malaysia kepada lebih 120,000 rakan pemandu dan penghantar di negara ini.

Program GrabBenefits yang telah diperbaharui ini merangkumi inisiatif untuk meningkatkan kemahiran dan daya tahan kewangan.

Menerusi program terbaharu itu yang kini termasuk kelas celik kewangan dan produk insurans tambahan, membolehkan mereka membuat pilihan dan keputusan yang lebih tepat untuk meningkatkan serta melindungi kehidupan supaya berjaya melalui iklim ekonomi yang tidak menentu ini.

GrabBenefits adalah program manfaat pertama seumpamanya untuk ekonomi gig di Malaysia yang bertujuan melindungi kehidupan dan kesejahteraan rakan pemandu-dan-penghantar Grab.

Ia mula diperkenalkan pada 2017 untuk membantu mengurangkan kos operasi rakan pemandu-pemandu kami,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Grab Malaysia program itu kini terdiri daripada tiga kategori iaitu melindungi penjimatan kos; menyediakan kualiti hidup yang lebih baik dan memperkasakan ketahanan kewangan.

BERNAMA turut melaporkan Pengarah Urusan Grab Malaysia, Sean Goh berkata pihaknya berusaha untuk mewujudkan program yang lebih komprehensif bagi menjaga kesejahteraan dan manfaat rakan kongsi, namun Grab Malaysia percaya lebih banyak penambahbaikan perlu dilakukan untuk memastikan kesejahteraan yang berterusan untuk mereka.

“Kami akan terus berinovasi untuk menyediakan manfaat yang bersesuaian supaya dapat menyokong keperluan kehidupan dan kesejahteraan rakan-rakan kongsi kami.

“Justeru, kami dapat membantu meningkatkan kehidupan mereka dan memberi mereka pengalaman yang lebih bermanfaat sebagai rakan kongsi di platform Grab,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY/BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close