MalaysiaPilihan Editor

MEMILIH PRU15: Tiada Masalah, SRAR Tarbiah Islamiah, Bota Kanan Terus Dibantu & Perhatian ICU, JPM

Sebanyak RM400,000 telah diperuntukkan naik taraf bangunan SRAR

Oleh wartawan BacalahMalaysia,my

Seratus lima puluh pelajar dan enam guru Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Tarbiah Islamiah, Bota Kanan terus terbela !

Ini berikutan pembinaan bangunan tambahan itu kini dalam perhatian Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Tender membina bangunan tambahan sekolah berkenaan juga telah dikeluarkan pada 25 Oktober 2022.

Difahamkan dalam tempoh dua minggu, pihak ICU akan turun padang bagi melaksanakan projek ini.

“Tiada Masalah,” kata penyandang dan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria yang mengulas dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Parit bahawa kerajaan tidak menyediakan fasiliti selesa di SRAR Tarbiah Islamiah, Bota Kanan di sini.

“Ini tidak benar dan perlu tahu fakta sebenar.

“Setakat ini, sebanyak RM400,000 telah diperuntukkan untuk menaik taraf bangunan bagi membolehkan 150 murid dan enam guru sekolah berkenaan meneruskan pembelajaran dalam infrastruktur yang kondusif.

“Cuma yang dimomok-momokkan ialah ketidakselesaan lebih 30 murid yang masih mengikuti pembelajaran di bawah khemah dalam perkarangan sekolah berkenaan.

“Kita memahami masalah berkenaan dan terdahulu pun permohonan sebanyak RM300,000 telah diluluskan dengan bangunan baharu dirasmi pada Mei 2022 lalu.

“Bangunan baharu itu bagaimanapun tidak dapat menampung keseluruhan murid jadi, kita membuat permohonan sebanyak RM100,000 bagi menambah lagi pembinaan kelas

“Malahan jumlah itu telah diluluskan sebelum Parlimen dibubarkan bulan lalu. Yang penting kita terus bersabar kerana tiada siapa yang dicicirkan atau tercicir,” katanya.

Jadi Mohd Nizar berkata, paling penting kita terus berusaha untuk membantu menaik taraf sekolah berkenaan dengan pembinaan bangunan baharu yang akan dilaksanakan,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close