GovernansPilihan Editor

PM Jadi Menteri Kewangan Bukan Isu, Guna Kedudukan Rompak Harta Rakyat Itu Masalah – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kedudukan sebagai Perdana Menteri yang juga memegang jawatan Menteri Kewangan bukan satu masalah, selagi jawatan itu tidak digunakan untuk tujuan yang salah.

Perdana Menteri berkata, di bawah kerajaan pimpinannya, beliau tekad akan menggunakan segala usaha untuk mengelakkan perbuatan rasuah di negara ini.

“Dalam sejarah, sama ada kita gabung atau tidak (jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan) bukan masalah. Masalahnya adalah menggunakan kedudukan untuk rompak harta rakyat dan ini terpakai dalam banyak kalangan, sama ada belah sini (kerajaan), belah sana (pembangkang), jangan bimbang.

“Bagaimanapun yang terpalit rasuah, itu harus tertekan dan bimbang. Apa pun telahan yang dibuat, saya tekad untuk pentadbiran Kerajaan Perpaduan ini, saya akan gunakan segala usaha mengelak dan menghalang dari segi rasuah yang berleluasa,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close