Ekonomi Islam & GlobalGovernans

ASEAN KL 2025: Prinsip Kebersamaan ASEAN Perlu Diperkukuh, Jadi Benteng Negara Anggota Depani Cabaran – Anwar

Prinsip untuk memastikan pertumbuhan yang saksama, mampan dan daya tahan yang berkekalan mesti terus disematkan di tengah-tengah agenda dan visi ASEAN, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, Malaysia menghargai sokongan semua pihak dalam memastikan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN terus komited dalam memajukan visi bersama ini.

“Atas semangat inilah Malaysia, sebagai Pengerusi tahun ini, memperjuangkan tema ‘Keterangkuman dan Kelestarian’. Ia adalah cadangan strategik dan dipacu nilai.

“Ia bercakap bukan saja kepada aspirasi kita, tetapi juga kepada kewajipan kita. Ia bersandarkan pada keyakinan bahawa masa depan ASEAN mesti bergantung pada tonggak bersama iaitu pertumbuhan yang saksama, mampan dan daya tahan yang berkekalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan pasa Sesi Plenari Sempena Sidang Kemuncak ke-46 ASEAN yang bermula hari ini.

“Perlu diberi perhatian adalah tindak balas pantas kami dalam menangani tarif Amerika Syarikat (AS) dengan penubuhan Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN sebagai langkah perlu, bukan saja untuk penyelarasan, tetapi untuk menunjukkan resolusi dan keyakinan,” katanya.

Aturcara padat hari ini dimulakan dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 (Pleno), diikuti sesi perbincangan yang menyaksikan pemimpin mengadakan perbincangan mendalam mengenai cabaran semasa, keutamaan strategik dan usaha memperkukuh perpaduan serantau.

Kemuncak acara hari ini ialah pemeteraian Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Masa Depan Bersama, yang menjadi penanda aras strategik dalam membentuk fasa seterusnya pembangunan Komuniti ASEAN. – BH Online/BERNAMA/BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close