Ekonomi Islam & Global

ASEAN KL 2025: Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China Perkukuh Kerjasama Ekonomi Tiga Hala

Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China yang diadakan esok, dijangka merangka strategi baharu dalam perdagangan, pembangunan infrastruktur mampan serta digitalisasi rantau.

Sidang kemuncak trilateral yang pertama kali diperkenalkan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN turut bertujuan memperkukuh kerjasama ekonomi tiga hala antara ASEAN, GCC dan China.

“Sidang Kemuncak trilateral antara ASEAN, GCC dan China adalah inisiatif baharu Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, bertujuan memperkukuh kerjasama ekonomi tiga hala antara ASEAN, GCC dan China.

Sementara itu, Tunku Nashrul berkata, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC kedua yang turut berlangsung esok, bermatlamat mengukuhkan komitmen jangka panjang kedua-dua rantau itu yang menjalin hubungan sejak 1990.

“ASEAN dan GCC adalah dua entiti ekonomi penting dengan jumlah dagangan mencecah AS$130.7 bilion dan pelaburan GCC ke ASEAN sebanyak AS$390.2 juta.

“Sidang ini bakal meneliti pelaksanaan Rangka Kerjasama ASEANGCC 2024-2028, termasuk inisiatif dalam perdagangan bebas, pendidikan, pembangunan mampan dan keterhubungan budaya serta digital,” katanya.

Sidang Kemuncak ASEAN-GCC kali pertama diadakan di Riyadh dua tahun lalu, berfungsi sebagai platform untuk meningkatkan kerjasama antara Asia Tenggara dan rantau Teluk.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 diadakan bermula hari ini dan esok di bawah Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 bertemakan ‘Keterangkuman dan Kemampanan’. – BH Online/BERNAMA/BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close