GovernansPilihan Editor

Dewan Negara Lulus Belanjawan 2021

Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021).

Rang undang-undang itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah.

Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 itu melalui tempoh lima hari perbahasan dan penggulungan oleh setiap kementerian selepas dibentangkan di dewan tersebut pada 16 Dis.

Rang undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 15 Dis melalui undi belah bahagian selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Persidangan Dewan Negara bersambung Isnin. — BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close