MalaysiaPilihan Editor

Jangan Biadab Dalam Perjuangan Sehingga Mendesak Presiden UMNO – Norliza Abdul Rahim

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Sekalipun tepian tetap akan berganjak apabila air gedang, namun ia bukanlah alasan untuk kita biadab dalam berjuang !

Itu ketegasan yang disuarakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim.

Tegas beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, UMNO lahir dari jiwa pendukungnya yang besar.

“Janganlah hanya kerana ujian yang kita lalui hari ini menjadikan pemikiran dan jiwa kita semakin sempit dan mengecil,” ujarnya lagi.

Norliza juga menyifatkan sekalipun berbeza pendapat tapi janganlah beralas dengki dan hasad.

“Berhujahlah dalam gelanggang dengan hati yang lapang. Menegurlah dengan matang.

“Bertikam lidah takkan membenam gundah.

“Matanglah mengendalikan situasi.

“Saat ini parti memerluan ahli yang setia, teguh dan bijaksana dalam bertindak,” katanya lagi.

Kata Norliza, Wanita UMNO Pulau Pinang tetap bersama parti berdiri teguh pada saat apapun.

“Menghormati institusi presiden dan menyantuninya atas prinsip muafakat dan pembelaan bangsa Melayu.

“Berilah sokongan pada parti dari tiang, alang hinggalah atapnya. Berhentilah membiakkan barah. Orang luar mungkin mahu melihat UMNO ini terkubur.

“Maka janganlah kita yang di dalamnya pula yang sibuk menyiapkan kapan dan kerandanya. UMNO tidak sekali-kali akan terkubur,” ujar Norliza.

Parti UMNO sentiasa mendepani dengan saat paling getir dalam perjuangan.

Pastinya bukan sekadar bersetia dan berkhidmat, ia harus bermula dengan bersatu.

Kata bijak pandai, kota yang besar bukan roboh kerana gagahnya armada musuh, sebaliknya ditebuk dari dalam secara diam dan terang.

Sehubungan itu, Norliza mengulangi ketegasan sekali lagi bahawa Wanita UMNO Pulau Pinang memandang tindakan segelintir dari pihak tertentu yang mengeluarkan kecaman, kata nista melalui media sosial dan kain rentang terhadap pengunduran Presiden UMNO sebagai tindakan membunuh parti secara terang ! – BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close