MalaysiaPilihan Editor

MELAKA MEMILIH: PN Tidak Akan Dibubar, Kekalkan Prinsip Penubuhannya – Muhyiddin

Perikatan Nasional (PN)  tidak akan meninggalkan prinsip penubuhannya dan tidak akan dibubarkan untuk kembali bersama UMNO.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PN sudah berhijrah jauh dan yakin dengan prinsip dan asas pembentukannya untuk menawarkan suatu bentuk parti yang mendukung kerajaan dengan lebih baik.

“Minta maaf. Kami berpegang kepada prinsip ketelusan, integriti, menentang rasuah dan salah guna kuasa.

Itu menjadi dasar perjuangan kita. Sebab itu bagi saya, telah berada di sini, kita akan terus beristiqamah, bergabung bersama dan bekerja lebih kuat supaya kita akan jadi pencabar utama kepada Barisan Nasional,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PN di sini malam tadi.

Beliau yang juga Presiden Bersatu berkata demikian sebagai mengulas dakwaan ada pihak meminta beliau membubarkan Bersatu dan kembali bersama UMNO.

Katanya, keberadaan PN dalam arena politik negara yang menawarkan perubahan ke arah lebih baik adalah bagi membolehkan rakyat jelata di negara ini mempunyai satu lagi pilihan untuk dipertimbangkan.

“Itu bagi saya penting, bukan soal peribadi saya atau soal apa kerana kita berpendapat, pembentukan Bersatu dan Gabungan PN suatu perkembangan politik sihat dalam sistem demokrasi berparlimen,” katanya.  — BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close