GovernansMalaysiaPilihan Editor

Naratif Ekonomi MADANI Dirangka, Johari Ghani, KJ & Pakar Ekonomi Lain Bersama Anwar

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, antara tokoh dan ahli ekonomi yang terlibat dalam perbincangan mengenai hala tuju ekonomi negara dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya semalam (16 Jun 2023).

Turut disertai bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Di samping itu, hadir sama ialah Pengerusi Bersama Ahli-Ahli Lembaga Pengarah daripada Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Nungsari Ahmad Radhi; Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (Minda-UKM), Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron.

“Alhamdulillah, petang tadi (semalam) saya telah mengadakan perbincangan terkait hala tuju ekonomi negara antaranya bersama-sama ahli ekonomi, Datuk Seri Johari Ghani dan juga saudara Khairy Jamaluddin.” kata Anwar melalui Facebook rasminya.

 

Perbincangan mengenai hala tuju ekonomi negara dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Perbincangan mengenai hala tuju ekonomi negara dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi. – Foto Facebook Anwar Ibrahim

 

Perbincangan mengenai hala tuju ekonomi negara dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Perbincangan mengenai hala tuju ekonomi negara dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi. – Foto Facebook Anwar Ibrahim

Mengulas lanjut, Anwar berkata perbincangan turut menyentuh bidang pertumbuhan baharu dan kaedah untuk memperkukuh ekosistem pelaburan.

Beliau berkata, segala pandangan dikongsikan pastinya akan digunakan untuk membentuk Naratif Ekonomi MADANI yang sedang dirangka bagi mencorak hala tuju ekonomi negara dalam tempoh jangka masa sederhana dan panjang.

“Pakar ekonomi yang saya temui hari ini juga bersetuju bahawa kita punyai masa yang terhad untuk menyelesaikan masalah atau tantangan yang melanda ekonomi negara dan membawa Malaysia kembali ke landasan yang betul.

“Saya faham sebarang reformasi atau pembaharuan memerlukan disiplin dan kesabaran.

“Ia juga memerlukan keyakinan serta keberanian untuk melakukan perkara yang baharu dan membuat keputusan yang berat untuk kepentingan rakyat dan negara.

“Namun kerajaan ini tekad dan akan bekerja keras untuk memacu pertumbuhan yang inklusif dan mampan. Pertumbuhan ekonomi bukan tentang angka semata-mata, tetapi mesti menggarap keperluan serta kehendak rakyat,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY/BH ONLINE/FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close