MalaysiaPilihan Editor

PARLIMEN: Konsep Keluarga Malaysia Perlu Relevansi Waima Negara Mencapai 100 Tahun Kemerdekaan & Pembentukan Malaysia – Ahli Parlimen Parit

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

“Setakat mana idea inovasi kerajaan dalam memastikan konsep Keluarga Malaysia ini, bukan setakat bertahan di bawah pucuk pimpinan YAB Perdana Menteri, DatukSeri Ismail Sabri Yaakob semata-mata,” kata Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Pandangan Ahli Parlimen Parit itu dibahaskan sewaktu Titah Ucapan Tuanku Agong (21 September 2021) yang menjelaskan bahawa rakyat hendak melihat konsep Malaysia terus segar dan kekal relevansi waima negara mencapai 100 tahun kemerdekaan mahupun 100 tahun pembentukan Malaysia itu sendiri

Kata Mohd Nizar, pengenalan Keluarga Malaysia amat tepat dan sangat wajar diterjemahkan tika kita semua dalam keadaan resah memikirkan apa yang akan berlaku pada esok harinya.

“Terjemahan YAB Perdana Menteri telah mengembalikan kita kepada perkara yang sangat asas, iaitu permulaan kehidupan dan keutuhan adalah bermula dari keluarga.

“Ia merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum demi kebersamaan negara dengan nilai-nilai didikan yang sempurna dalam sesebuah keluarga,” ujar Nizar lagi.

Menerusi satu keluarga, Ahli Parlimen Parit turut memaklumkan kepada Dewan Rakyat yang mulia ini bahawa Keluarga Malaysia mengajak rakyat untuk terus bersatu hati dan memperbaiki segala kelemahan dan mengembalikan kekuatan yang tersedia ada.

Mohd Nizar turut menanyakan apakah kerajaan bersedia memberi satu dokumen lebih jelas tentang konsep Keluarga Malaysia dalam memastikan lebih teratur penghayatannya dan tidak disalahtafsirkan.

“Apakah konsep Keluarga Malaysia akan dijadikan teras atau pegangan rakyat Malaysia keseluruhannya sama seperti Rukun Negara.

“Sejauh manakah pendekatan kekitaan dalam Keluarga Malaysia itu akan mempengaruhi setiap lapisan masyarakat dan apakah cadangan program itu untuk dilaksanakan kelak,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close