MalaysiaPilihan Editor

RAKYAT SABAH MEMILIH: Kerajaan Baharu Akan Terus Membela Nasib Rakyat Sabah – Bung Moktar

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Bela rakyat Sabah !

Bela nasib rakyat !

Bantu masalah rakyat !

Ini adalah rumusan awal daripada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mengumumkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah berjaya membentuk kerajaan negeri.

Yang penting bagi GRS ialah rakyat Sabah.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sabah.

“Insya Allah akan terus membela nasib rakyat.

“Insya Allah kita akan memastikan kerajaan baharu ini akan terus membela nasib rakyat Sabah,” kata Bung.

Pengumuman itu memberi signal jelas bahawa Warisan Plus telah tumbang lagi tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini.

Serentak itu kata Bung, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada BN, Perikatan Nasional dan PBS akan menubuhkan kerajaan negeri.

Terima kasih kepada seluruh jentera daripada UMNO dan rakan-rakan komponen lain yang telah berkampung di Sabah untuk membantu kami termasuklah barisan kepimpinan parti,” katanya pada sidang media Command Centre BN, di sini hari ini.

Turut serta Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan pimpinan Sabah yang lain.

UMNO Online juga melaporkan bahawa Bung seterusnya yakin kerajaan baharu yang akan dibentuk ini akan dapat bekerjasama dalam semangat setiakawan.

“Saya cukup yakin dan insya Allah kerajaan baru ini akan dapat bekerja dengan semangat setiakawan ke arah mana kerajaan ini dalam usaha membantu masalah-masalah rakyat,” ujarnya.-  BACALAHMALAYSIA.MY/UMNO Online

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close