Dimensi BisnesPilihan Editor

BACALAH AUTO: PERODUA Perkenal Axia E Harga ‘Rahmah’ RM22,000

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan model baharu Axia E bertransmisi manual dengan harga mampu milik hanya RM22,000 tanpa insurans.

Ini menjadikan Axia E sebagai model paling murah pernah diperkenalkan oleh PERODUA sejak model pertamanya, Kancil, yang dilancarkan pada Ogos 1994 dengan harga RM24,800.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata model terbaharu Axia E itu direka untuk disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah.

Beliau berkata, Axia E mula dibuka untuk tempahan bermula hari ini dan penghantaran dijangka akan dapat dilaksanakan dalam tempoh beberapa hari selepas tempahan.

Turut hadir Pengerusi PERODUA, Tan Sri Asmat Kamaludin dan Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd, Masaki Ogita.

Perodua Axia E disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Perodua Axia E disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah. – NSTP/Eizairi Shamsudin

 

 

Axia E mula dibuka untuk tempahan bermula hari ini dan penghantaran dijangka akan dapat dilaksanakan dalam tempoh beberapa hari selepas tempahan. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Axia E mula dibuka untuk tempahan bermula hari ini dan penghantaran dijangka akan dapat dilaksanakan dalam tempoh beberapa hari selepas tempahan. – NSTP/Eizairi Shamsudin

 

 

Axia E mempunyai stok sedia ada sebanyak 3,000 unit. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Axia E mempunyai stok sedia ada sebanyak 3,000 unit. – NSTP/Eizairi Shamsudin

 

Zainal Abidin berkata, Axia E adalah berdasarkan model Perodua Axia yang diperkenalkan pada 2017 dan ia diperakui dengan penarafan empat bintang ASEAN NCAP oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Beliau berkata, Perodua Axia E adalah sebahagian daripada objektif asal kumpulan untuk menyediakan mobiliti yang mampu milik dan berkualiti untuk semua rakyat Malaysia.

Perodua Axia E, katanya didatangkan dengan dua beg udara, sistem peringatan tali pinggang keledar untuk pemandu dan jaminan selama lima tahun dengan tiga pilihan warna dtawarkan iaitu Ivory White, Glittering Silver serta warna baharu Granite Grey.

Katanya, sejak dilancarkan pada 2014 sehingga 31 Mei 2023, PERODUA telah merekodkan pendaftaran sebanyak 606,756 unit model Axia, termasuk Axia serba baharu yang dilancarkan pada Februari lalu.

 

Ruang dalaman Perodua Axia E. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Ruang dalaman Perodua Axia E. – NSTP/Eizairi Shamsudin

 

 

Axia E sebagai model paling murah pernah diperkenalkan oleh PERODUA. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Axia E sebagai model paling murah pernah diperkenalkan oleh PERODUA. – NSTP/Eizairi Shamsudin

 

 

Perodua hari ini memperkenalkan model baharu Axia E bertransmisi manual dengan harga mampu milik hanya RM22,000 tanpa insurans.
Perodua hari ini memperkenalkan model baharu Axia E bertransmisi manual dengan harga mampu milik hanya RM22,000 tanpa insurans.

 

“Bagi Axia E, kumpulan menyasarkan jualan sebanyak 1,500 unit sebulan, termasuk pemilikan individu dan jualan korporat.

“Walaupun kami tidak menentukan siapa pelanggan, PERODUA percaya bahawa model ini menjadi pilihan yang ditunggu rakyat. Kami percaya Axia E akan membantu unjuran jualan keseluruhan kumpulan tahun ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata, Axia E telah diuji dan terbukti dalam pasaran selama bertahun-tahun dan kumpulan percaya varian itu akan memenuhi peranan semasanya dalam memberi peluang kepada pemilik motosikal supaya memiliki kereta baharu.

“Berdasarkan perbincangan dengan institusi kewangan, kami mendapati hanya RM300 diperlukan untuk membayar kos sewa beli setiap bulan untuk memiliki Axia E.

“Ini adalah kos sama yang perlu dibayar untuk membeli motosikal baharu secara sewa beli,” katanya.

Kelainan yang dilaksanakan PERODUA bagi model Axia E ini juga adalah memperkenalkan harga jualan yang sama untuk seluruh Malaysia berbanding kebiasaan sebelum ini harga jualan Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah berbeza. – BH ONLINE/NSTP

 

Perodua model baharu Axia E. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Perodua model baharu Axia E. – NSTP/Eizairi Shamsudin

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close