Ekonomi Islam & GlobalGovernans

Malaysia Sokong Kenyataan Tokyo 2025, Perkukuhkan Infrastruktur Digital Serantau

Kenyataan Tokyo 2025 Disokong Penuh Komitmen !

Pendirian itu disuarakan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pada Mesyuarat Menteri Asia-Pacific Telecommunity (APT) 2025 yang sedang berlangsung di Tokyo, Jepun, 30 Mei 2025.

Sehubungan itu, Malaysia menyatakan komitmen penuh terutama dalam soal memperkukuh pembangunan infrastruktur digital.

“Akan lebih menjurus secara inklusif, mampan dan berdaya saing untuk rantau Asean,” kata Fahmi.

Beliau turut menyampaikan sokongan penuh Malaysia kepada Kenyataan Tokyo 2025 yang akan dilancarkan sempena APT.
APT, ditubuhkan pada 1979 melalui kerjasama antara United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (UNESCAP) dan International Telecommunication Union (ITU). Ia berperanan sebagai platform dasar dan teknikal bagi negara-negara di rantau yang paling pesat membangun dari segi teknologi.
“Malaysia menyambut baik peranan APT sebagai wahana kerjasama pelbagai hala, terutama dalam menyokong negara membangun membina kapasiti, memperkukuh kawal selia ICT, dan melaksanakan agenda digital yang lebih adil dan lestari.
“Malaysia juga bersedia bekerjasama dengan negara-negara APT lain untuk berkongsi inovasi dan membina masa depan digital yang inklusif dan mampan,” jelasnya.
Fahmi juga turut hadir ke sesi khas menteri bertajuk ‘Sustainable Digital Infrastructure and Accessibility’.
Pada sesi tersebut beliau tekankan tentang usaha berterusan Kerajaan Madani dalam memperkukuh capaian dan keterangkuman teknologi termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.
“Dengan penembusan mudah alih mencapai 61 peratus dan pelaksanaan berkesan rangkaian 5G, Malaysia membuka lebih banyak peluang dalam sektor pendidikan, ekonomi digital, kesihatan, dan inovasi industri
“Malaysia terus komited memastikan akses sejagat dan pembangunan teknologi digital yang menyeluruh untuk semua lapisan masyarakat, sejajar aspirasi Kerajaan MADANI,” tambahnya. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close