Governans

PARLIMEN: RM141.72 Bilion Pelaburan Digital Lulus Sehingga Oktober 2024

Sebanyak RM141.72 bilion pelaburan digital diluluskan kerajaan dalam tempoh Januari hingga Oktober 2024, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, dalam tempoh berkenaan sebanyak 41,078 peluang pekerjaan juga berjaya diwujudkan dalam sektor ekonomi digital.

“Kementerian menetapkan bahawa pelaksanaan program dan inisiatif pendigitalan negara adalah mengutamakan pengukuhan infrastruktur digital, ketahanan siber dan juga pembangunan bakat digital.

“Buat masa ini, negara berada di Fasa 2 (2023 – 2025) apabila negara memberi tumpuan kepada usaha memacu transformasi dan inklusiviti digital dengan menitikberatkan inklusiviti dalam kalangan rakyat dan semua peringkat perniagaan.

“Fasa seterusnya 2026 – 2030 adalah untuk meletakkan Malaysia sebagai negara pengeluar pasaran serantau bagi produk digital dan penyedia penyelesaian digital,” katanya.

Sementara itu, menurut Gobind kerajaan negeri Johor sedang meneliti 36 permohonan bagi pembangunan infrastruktur pusat data di negeri berkenaan.

Gobind berkata, sehingga Oktober 2024, sebanyak 10 pusat data mula beroperasi manakala tujuh masih dalam proses pembangunan di negeri berkenaan.

“Kerajaan sentiasa mengimbangi keperluan pembangunan pusat data dengan potensi kawasan untuk pertumbuhan ekonomi yang lebih luas.

“Perancangan kawasan khusus untuk pusat data seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bertujuan untuk memaksimumkan limpahan ekonomi dengan menarik pelaburan teknologi tinggi dan mampu menjana pendapatan tinggi untuk rakyat,” katanya. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close