Duniaku TeknokratPilihan Editor

Azrulnizam Dilantik Sebagai Pengerusi Baharu PR1MA

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) melantik Datuk Azrulnizam Abdul Aziz sebagai Pengerusi yang baharu berkuat kuasa 16 Mac 2023.

Beliau dilantik bagi menggantikan Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya.

Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Seri Mohd Nazri Md Shariff, berkata warga kerja PR1MA mengucapkan tahniah kepada Azrulnizam atas pelantikan sebagai Pengerusi dan mengalu-alukan kedatangan beliau ke PR1MA.

“Kami yakin beliau akan dapat memacu PR1MA dalam memenuhi aspirasi dan mandat Kerajaan, khususnya penyediaan kediaman mampu milik yang berkualiti,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga menjalani Program Kepimpinan di Universiti Oxford, United Kingdom; Pendidikan Eksekutif di Harvard Business School, AS dan adalah Ahli Profesional Bertauliah dalam Kewangan Islam.

Selain itu, Azrulnizam pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Pelaburan MARA Bhd dan Penasihat Kewangan Strategik Kumpulan, Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB).

Ketika ini, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Bebas di MBSB Bank, AmMetlife Takaful dan Thriven Global Bhd.

Atas kapasiti peribadi, beliau adalah Pengarah CR FinaCapital Sdn Bhd dan Petrowangsa Sdn Bhd.

Beliau juga adalah Profesor Adjung di Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close