Ekonomi Islam & GlobalGovernansPilihan Editor

AS Tanggung Kos Tambahan Jika Bawa Masuk Produk Minyak Sawit – Johari Ghani

Amerika Syarikat (AS) dijangka turut menanggung kos tambahan akibat pelaksanaan tarif import terutamanya membabitkan produk tertentu seperti minyak sawit.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata pengimport dari AS perlu menanggung kos tambahan bagi produk yang tiada di negara itu yang seterusnya akan memberi kesan kepada perniagaan dan pengguna di sana.

Beliau berkata, hal ini kerana negara itu tidak mempunyai alternatif bagi produk tertentu seperti minyak sawit dan tetap perlu mengimport dari negara luar.

“Kalau ditanya kepada saya tentang minyak sawit, sebenarnya tiada alternatif lain di AS. Kacang soya tidak boleh ditukar menjadi oleokimia seperti produk kita.

“Jadi, ini bukan satu bentuk persaingan langsung. Jika mereka kenakan tarif 25 peratus, akhirnya yang akan menanggung kos ini adalah rakyat AS sendiri,” katanya kepada media selepas Sesi Taklimat Sawit dan Dialog Industri di sini.

Katanya, perkara sama turut dialami sektor perabot yang turut mempunyai persaingan dengan negara lain.

“Kalau kita bagus dari segi reka bentuk dan hasilkan sesuatu yang unik, orang tetap akan membeli. Kalau negara seperti AS mengenakan tarif 10 peratus ditambah 25 peratus, maka (AS) bayarlah 25 peratus itu. Harga tetap akan dibayar sekiranya produk kita ada nilai.

“Dalam dunia ini, kita ada kira-kira 190 buah negara. Takkan hanya kerana satu negara seperti AS, kita terus tak boleh berniaga dan jalankan ekonomi. Tidak begitu. Kita perlu menyesuaikan diri dan bersikap tangkas dalam hal ini,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close