MalaysiaPilihan Editor

TOKYO 2020: Shah Bangkit Dari Kemalangan Mara Suku Akhir

Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang terbabit dalam kemalangan pada saringan kedua acara keirin di Velodrom Izu, Tokyo bangkit mempamerkan kebangkitan menakjubkan di perlumbaan repechages pertama, sebentar tadi.

Shah yang mengalami kecederaan di bahagian bahu kiri turut berdepan detik cemas apabila turut mengalami pelanggaran dengan seorang daripada peserta di pertengahan saingan, namun berjaya mempamerkan kebangkitan dengan menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Turut mara daripada saingan repechages pertama berkenaan adalah pelumba Trinidad and Tobago, Kwesi Browne yang mengungguli perlumbaan.

Turut mara ke suku akhir adalah Datuk Azizulhasni Awang yang mengungguli saringan ketiga.

Menempah tiket sama daripada acara saringan itu adalah pelumba Trinidad and Tobago, Nicholas Paul. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close