GovernansMalaysiaPilihan Editor

PARLIMEN: PM Bentang RMK13 Tengah Hari Ini

Rakyat menunggu-nunggu !

Harapan besar kepada pembangunan ekonomi negara yang lebih mampan !

Sehubungan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) jam 12 tengah hari ini di Dewan Rakyat.

Dalam kenyataan menerusi Facebook, Perdana Menteri berkata, RMK13 akan membawa natijah terbaik kepada rakyat serta meletakkan asas yang kukuh untuk Malaysia melangkah ke dekad yang lebih gemilang.

“Ayuh kita lakar semula pembangunan negara, berpaksikan rakyat dan berteraskan nilai ihsan, keadilan serta kemanusiaan.

“Diharapkan kita berupaya menggapai langit, namun tetap teguh mengakar ke bumi,” katanya.

Perdana Menteri semalam menerima dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13), yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini. Penyerahan itu menandakan berakhirnya fasa penyediaan rancangan pembangunan lima tahun negara bagi tempoh 2026 hingga 2030. - FB Anwar Ibrahim
Perdana Menteri semalam menerima dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13), yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini. Penyerahan itu menandakan berakhirnya fasa penyediaan rancangan pembangunan lima tahun negara bagi tempoh 2026 hingga 2030. – FB Anwar Ibrahim

Dalam hantaran berasingan, Perdana Menteri memaklumkan beliau telah menerima penyerahan rasmi dokumen RMK13, menandakan berakhirnya fasa penyediaan rancangan pembangunan lima tahun negara bagi tempoh 2026 hingga 2030.

“Penyediaannya membabitkan sesi libat urus meluas bersama pelbagai pemegang taruh merentasi sektor, latar belakang dan wilayah.

“Ini termasuk kerajaan-kerajaan negeri, demi memastikan suara rakyat benar-benar diangkat dalam perancangan masa depan negara.

“Insya-Allah, saya akan membentangkan usul RMK-13 di Dewan Rakyat esok (hari ini). Kerajaan MADANI amat mengalu-alukan perbahasan dan cadangan konstruktif daripada semua Ahli Parlimen demi memperkukuh dasar dan hala tuju yang digariskan,” katanya. – BH ONLINE/BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close