MalaysiaPilihan Editor

RAKYAT SABAH MEMILIH: Wanita UMNO Mempunyai Ramai Bakat Baharu Bagi Kemenangan BN Dalam PRN Sabah – Kata Pengerusi BN

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Ramai bakat baharu !

Ramai yang boleh diketengahkan !

Ramai yang mampu memberikan sumbangan besar !

Ramai yang boleh memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) !

Ini adalah penelitian dan pengamatan yang diberikan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada calon Wanita UMNO yang bakal bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula pertengahan bulan ini.

Kata-kata Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO itu dilafazkan pada Majlis Perasmian Kursus Pemantapan Gerak Kerja JR2.0 dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Wanita UMNO Sabah di Kota Kinabalu, baharu-baharu ini.

Menurut Pengerusi BN, Wanita akan diberikan peluang untuk menjadi calon pada PRN Sabah bagi membantu kemenangan BN kali ini.

“Wanita UMNO mempunyai ramai bakat-bakat baharu yang boleh diketengahkan dan mampu memberikan sumbangan besar kepada kemenangan BN pada 26 September,” kata Ahmad Zahid dengan penuh semangat dan keyakinan.

Daripada pengamatannya, beliau juga berpandangan kesiapsiagaan UMNO Sabah amat luar biasa.
“Begitu juga Wanita UMNO dan BN yang sentiasa gigih menjalankan tugas mereka,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close