Duniaku TeknokratEkonomi Islam & Global

HSBC dinobat bank antarabangsa terbaik di Malaysia tiga tahun berturut-turut

HSBC diumumkan ‘Bank Antarabangsa Terbaik di Malaysia’ di Anugerah Kecemerlangan Euromoney 2026, tahun ketiga berturut-turut ia menerima pengiktirafan berkenaan.

HSBC turut meraih anugerah ‘Bank Terbaik di Malaysia untuk Pengalaman Pelanggan’.

Anugerah-anugerah terbabit menekankan posisi HSBC yang kukuh dalam pasaran sebagai bank antarabangsa pilihan di Malaysia, mencerminkan fokus berterusannya terhadap keselesaan pelanggan, inovasi dipacu teknologi, dan kecemerlangan operasi.

Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Bank Malaysia, Datuk Omar Siddiq, berkata pengiktirafan oleh Euromoney sebanyak tiga kali berturut-turut menjadi tanda kepercayaan pelanggan terhadap kebolehan HSBC untuk menghubungkan mereka kepada peluang antarabangsa.

“Dengan merapatkan jaringan antarabangsa dan kepakaran setempat yang dimiliki, kami kini mendampingi pelanggan korporat dan pelanggan kekayaan dengan lebih erat berbanding sebelum ini, dengan keupayaan menawarkan perkhidmatan yang pantas dan cekap.

“Memastikan pendekatan yang ringkas sememangnya menjadi pemangkin kepada pencapaian yang kukuh , dan kami berbangga melihat dedikasi ini diiktiraf di persada antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 2026, Anugerah Kecemerlangan Euromoney mengiktiraf HSBC dengan 59 anugerah rentas rantaian global.

Dilihat sebagai penanda aras industri, anugerah-anugerah ini meraikan institusi yang menonjolkan kepimpinan dan menyampaikan perkhidmatan perbankan hujung-ke-hujung yang berkualiti tinggi kepada pelanggan.

Pada awal tahun ini, Euromoney turut mengiktiraf HSBC Amanah Malaysia di Anugerah Kewangan Islam Euromoney 2026, mengumumkan HSBC Amanah sebagai Institusi Kewangan Berstruktur Islamik Terbaik di Dunia, Institusi Kewangan Berstruktur Islamik Terbaik di Asia Pasifik, Institusi Kewangan Berstruktur Islamik Terbaik di Malaysia dan Bank Islam Terbaik di Malaysia untuk alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), di samping pelbagai anugerah lain dalam kategori urus niaga kewangan. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close