Pilihan EditorTwo Cents

NIRAF – Racun Shopping

Oleh Nur Intan Rafeena Ahmad Fauzi

“Ayah, tolong adik ambil parcel depan rumah” Sambil tersengih kerang busuk, dialog ini telah menjadi perkara biasa sepanjang PKP 3.0 di rumah penulis.

Semuanya gara-gara kegiatan berbelanja secara maya.

Racun Shopee dan Lazada, promosi hebat Zalora, iklan menggiurkan Fashion Valet, Uniqlo, H&M, JD Sports, medium hantu makanan – Grab Food dan Foodpanda serta banyak lagi medium membeli-belah lain yang menjadi pilihan belia seperti penulis sepanjang tempoh duduk di rumah ini.

Sedar tidak sedar apabila dihitung, ramai dalam kalangan rakan penulis termasuk penulis yang telah berbelanja tidak kurang daripada RM300 setiap bulan untuk membeli-belah secara maya.

Alahai, mana datang duit banyak ini ?

Seperti itu, timbul penyesalan tidak sudah dalam jiwa belia ini, disinilah bermula satu azam untuk berbelanja secara berhemat.

Namun, bagaimana caranya?

1- Meletakkan Had Maksimum Berbelanja

Perkara ini sangat penting untuk memastikan poket tidak bocor setiap kali hujung bulan.

Hal ini boleh dilakukan dengan cara seseorang hendaklah menetapkan had berbelanja setiap bulan dan cuba untuk belanja kurang atau tidak melebihi jumlah tersebut.

Maka, setiap akhir bulan, tidaklah terkejut melihat jumlah yang dibelanjakan kerana telah mempunyai had dan catatan perbelanjaan.

2- Konsep 3 hari, 3 malam

Konsep ini sangat mudah.

Sebelum membeli, fikirkan dahulu sama ada ia satu keperluan atau kehendak semata-mata.

Jika keinginan untuk membeli itu masih kuat setelah tiga hari berlalu, maka belilah.

Namun jika selepas tiga hari, tiada rasa barang tersebut satu keperluan, maka jangan beli.

3-Kurangkan melihat iklan shopping

Tempoh Perintah Kawalan Berkurung kini mungkin mendatangkan rasa bosan dan sunyi yang luar biasa kepada ramai individu.

Hal ini menyebabkan kita terdorong untuk menghabiskan masa melayari internet dan media sosial yang penuh dengan iklan-iklan barangan.

Daripada saja-saja tekan untuk melihat barangan, tiba-tiba sahaja kita sudah checkout barangan tersebut akibat terpengaruh dengan iklan.

Maka, kurangkan melihat iklan-iklan sebegini dan banyakkanlah masa anda dengan melakukan perkara yang lebih bermanfaat seperti membaca, beriadah, mencari hobi baru serta memantapkan skil diri.

Di kala PKP yang tidak berkesudahan ini,penulis memahami seandainya kita berasa tertekan dan shopping dijadikan medium melepaskan tekanan tersebut, namun, beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis, janganlah kita terjerumus ke dalam lembah racun shopping kita sendiri. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

  • Penulis ialah seorang realis dalam  dunia idealisme.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close