MalaysiaPilihan Editor

RAKYAT SABAH MEMILIH: BN Sabah Sokong Hajiji Sebagai Ketua Menteri, Demi Pulihkan Semangat Rakyat

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Atas dasar semangat persaudaraan !

Demi pulihkan semangat rakyat yang hilang dek pemerintahan kerajaan lalu yang tidak prihatin !

Itulah toleransi tinggi yang ditunjukkan Barisan Nasional (BN) Sabah diterajui pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Raden.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu yakin kerajaan baharu yang ditubuhkan hari ini mampu membela dan menjaga kepentingan rakyat.

Menurut Bung, keputusan pelantikan Datuk Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah yang baharu telah diterima dengan semangat persaudaran dan akan memulakan langkah sejurus selesai majlis angkat sumpah

“Kami telah membuat persetujuan atas dasar persaudaraan.

“Keyakinan bahawa kerajaan baharu yang ditubuhkan hari ini mampu untuk memulihkan semangat rakyat yang selama ini telah hilang disebabkan oleh pemerintahan kerajaan yang tidak prihatin kepada rakyat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu pada sidang media yang sama, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor dilaporkan menerima sokongan sebulat suara untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu, esok.

UMNO Online melaporkan perkara itu dimaklumkan sendiri oleh beliau yang juga Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Sabah.

Bung seterusnya menambah menjadi tanggungjawab yang besar untuk kerajaan negeri ini dalam menerajui negeri.

“Tetapi dengan kerjasama semua pihak saya yakin selesai sahaja Datuk Hajiji Nor dinobatkan selaku ketua menteri Sabah kita akan memulakan langkah kita untuk memastikan rakyat di bawah mendapat perhatian daripada kerajaan sedia ada dan semua rakyat tidak main politik dan kita memikirkan masalah negeri Sabah ,” ujarnya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu, GRS yang membabitkan PN, BN dan PBS berjaya memenangi 38 kerusi berbanding Warisan Plus mendapat 32 kerusi manakala Bebas (3).  – BACALAHMALAYSIA.MY/UMNO ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close