Duniaku TeknokratPilihan Editor

MISC Beli Enam Kapal Bernilai US$726 Juta

MISC Bhd akan membeli enam pengangkut etana besar baharu  98,000 meter padu bernilai US$726 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MISC berkata bagi urus niaga itu, ia telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama-sama enam anak syarikat milik penuh tidak langsung Zhejiang Satellite Petrochemical Co Ltd.

Selain itu, MISC menerusi entiti pemilikan kapal Portovenere and Lerici (Singapore) Pte Ltd (PLS), menandatangani Time Charter Parties (TCP) dengan Zhejiang Satellite Petrochemical Co Ltd (STL) bagi pajakan enam kapal untuk operasi di perairan antarabangsa.

“Berdasarkan MOA dan TCP berkenaan, kapal itu akan dibeli oleh MISC kira-kira US$726 juta dan disewa kepada STL menerusi PLS bagi tempoh 15 tahun.

“Sewaan kepada kapal itu dijangka bermula pada suku keempat 2020. Samsung Heavy Industries Co Ltd dan Hyundai Heavy Industries Co Ltd yang kedua-duanya syarikat perkapalan di Korea, masing-masing membina tiga kapal,” katanya.–BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close