Oleh wartawan BacalahMalaysia.my
Barisan Nasional (BN) menunjukkan keberanian luar biasa dengan menampilkan 86 peratus atau 24 calon muka baharu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Satu transformasi yang menjanjikan keyakinan kepada pengundi Melaka betapa BN bersungguh-sungguh menawarkan calon yang segar dan berkredibiliti.
Tidak pernah dilakukan BN dalam mana-mana pilihan raya sebelum ini malahan menampakkan komitmen BN untuk melakukan perubahan demi rakyat Melaka.
Pengumuman calon itu diumumkan Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.
Hadir sama ialah Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
BN menampilkan 28 calon pada PRN Melaka sekali gus bertanding secara bersendirian tanpa kerjasama parti lain dengan slogan “Kestabilan Demi Kemakmuran”.
Dalam PRN itu, UMNO menampilkan 20 calon, lapan diwakili MCA dan satu kerusi MIC.
Penganalisis tempatan turut mengenal pasti calon-calon BN yang diketengahkan adalah dari pelbagai latar belakang yang sesuai dengan matlamat BN serta memenuhi kehendak pengundi di setiap DUN demi untuk memajukan negeri Melaka dan kepentingan rakyat.
Di samping itu, calon-calon BN kali ini telah diteliti dengan cermat, berkualiti, pelbagai latar belakang pendidikan sesuai dengan keperluan rakyat, adunan pengalaman termasuk idea-idea yang kaya dari calon-calon yang muda.
Penganalisis turut mendapati ciri yang paling utama kali ini diketengahkan ialah calon yang setia kepada parti.
BN turut mengetengahkan 28 peratus calon berusia 45 tahun ke bawah serta menampilkan lima calon wanita iaitu empat dari UMNO dan seorang dari MCA. – BACALAHMALAYSIA.MY
Berikut senarai calon Barisan Nasional Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka:
N01 Kuala Linggi – Rosli Abdullah
N02 Tanjung Bidara – Datuk Seri Ab Rauf Yusoh
N03 Ayer Limau – Hameed Mytheen Kunju Basheer
N04 Lendu – Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali
N05 Taboh Naning – Zulkiflee Mohd Zin
N06 Rembia – Datuk Muhamad Jailani Khamis
N07 Gadek P. Shanmugam V Ptcyhay
N08 Machap Jaya – Ngwe Hee Sem
N09 Durian Tunggal – Zahari Abd Kalil
N10 Ashan – Fairul Nizam Roslan
N11 Sungai Udang – Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad
N12 Pantai Kundor – Tuminah Kadi @ Mohd Hasim
N13 Paya Rumput – Datuk Rais Yasin
N14 Klebang – Datuk Lim Ban Hong
N15 Pengkalan Batu – Datuk Kalsom Nordin
N16 Ayer Keroh – Yong Fun Juan
N17 Bukit Katil – Datuk Wira Hasnoor Sdg Husin
N18 Ayer Molek – Datuk Rahmad Mariman
N19 Kesidang – Leong Hui Ying
N20 Kota Laksamana – Benjamin Low Chin HongN
21 Duyong – Mohd Noor Helmu Abdul Halem
N22 bandar Hilir – Lee Kah Sean
N23 Telok Mas – Datuk Abdul Razak Abdul Rahman
N24 Bemban – Datuk Koh Chin Han
N25 Rim – Datuk Khaidhirah Abu Zahar
N26 Serkam – Datuk Zaidi Attan
N27 Merlimau – Dr Muhamad Akmal Saleh
N28 Sungai Rambai – Siti Faizah Abdul Azis