Skuad hoki lelaki kebangsaan bermula langkah kanan apabila mencatat kemenanan 3-1 ke atas Pakistan dalam aksi pertama saingan Trofi Juara-Juara Asia di Chennai, India, semalam.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Mayor Radhakrishnan itu, Muhammad Firhan Ashaari meledak dua gol dalam tempoh dua minit apabila menyudahkan gol padang masing-masing pada minit ke-28 dan 29.
Skuad Speedy Tigers terus menambah derita Pakistan apabila Shello Silverius menjaringkan gol ketiga pasukan pada minit ke-44.
Pakistan yang cuba bangkit meraih satu gol menerusi gol padang yang disudahkan Abdul Rehman pada minit ke-55.
Saingan Trofi Juara-Juara Asia disifatkan cukup penting buat skuad negara sebagai persiapan menghadapi Sukan Asia Hangzhou, bulan depan yang mana juara akan meraih tiket automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024. – BH ONLINE