MalaysiaPilihan Editor

MELAKA MEMILIH: PN Letak Calon Di Semua 28 DUN

Pertandingan sekurang-kurangnya tiga penjuru bakal disaksikan di sebahagian besar kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, selepas Perikatan Nasional (PN) mengesahkan meletak calonnya di semua 28 kerusi DUN.

Terdahulu, pagi tadi, Barisan Nasional (BN) mengumumkan meletak calonnya di semua kerusi DUN Melaka, sementara petang ini juga, PH mengumumkan untuk mengambil pendekatan sama.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika mengumumkan bagi pihak PN berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan bertanding di 15 kerusi DUN, diikuti lapan kerusi ditandingi PAS dan lima oleh GERAKAN.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman calon PN di sini, hari ini. Hadir sama, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengikuti secara maya serta Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau dan Pengerusi PN Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen. – BH ONLINE

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close