MalaysiaPilihan Editor

MEMILIH PRU15: Jangan Percaya Persepsi PN ‘Bersih Dan Stabil’ – Ahmad Zahid

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta pengundi tidak terpedaya dengan permainan persepsi kononnya Perikatan Nasional (PN) sebuah gabungan yang bersih dan stabil.

Beliau berkata, pengundi Melayu usah terpedaya dengan naratif PN bersih dan stabil yang dibawa mereka sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

“Benarkah PN bersih dan stabil? Slogan kempen PRU15 ini sah untuk mengelirukan rakyat. Sedangkan sebahagian pemimpin PN ialah ‘katak-katak politik’ BERSATU yang mengkhianati mandat rakyat pada PRU14.

“Tergamak membelot undi rakyat khususnya pengundi BN untuk bersekongkol dengan penzalim bagi mengelak dikenakan pendakwaan politik,” katanya dalam catatan Facebook.

“Alasan BERSATU keluar PH kerana DAP tidak logik kerana bukan baru sekarang pemimpin BERSATU mengenali DAP. Liciknya, BERSATU selepas itu memperdaya PAS untuk memecahbelahkan Muafakat Nasional dimeterai pada 2019.

Katanya, BERSATU juga `bersembunyi’ disebalik imej parti sekutu yang mendakwa Islamik sama ada sedar atau tidak, mereka juga dipergunakan.

“Ketahuilah sebahagian PN adalah PH dan sebahagian PH adalah PN kerana BERSATU daripada origin politik yang sama. Jangan buat kesilapan kali kedua hanya kerana terpedaya dengan watak berbeza dimainkan oleh ‘pelakon’ yang sama.

“Mengundi PN bukan bermakna anda mengundi parti yang mendakwa Islamik, tetapi lebih mengundi BERSATU,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close