Duniaku TeknokratPilihan Editor

Abd Rahman Dilantik Penolong Gabenor Bank Negara

Abd Rahman Abu Bakar.
Abd Rahman Abu Bakar.

 

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) melantik Abd Rahman Abu Bakar sebagai Penolong Gabenornya berkuat kuasa 1 Mei 2021.

Bank pusat itu dalam satu kenyataan berkata, Abd Rahman akan bertanggungjawab dalam bidang yang berkaitan dengan modal insan termasuk Modal Insan Strategik, Pembangunan Modal Insan dan Perkhidmatan Modal Insan.

Abd Rahman katanya memulakan kerjaya di BNM pada 1992 dan pernah berkhidmat di pelbagai jabatan termasuk Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan, Penyiasatan Khas, Pengawalan Insurans, Perancangan Strategik, Pengurusan Sumber Insan dan Ekonomi.

Abd Rahman akan mengambil alih jawatan itu daripada Mohd Adhari Belal Din yang akan meninggalkan BNM pada 11 Mei 2021 setelah berkhidmat selama 14 tahun.

Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas sumbangan Adhari dan berharap terus berjaya dalam apa jua bidang yang akan diceburi.

“Adhari memainkan peranan penting dalam melaksanakan inisiatif modal insan di BNM dan rakan sekutu BNM selama lebih satu dekad.

“BNM juga yakin Abd Rahman akan terus memajukan inisiatif kerja dan sumber manusia yang cemerlang yang telah dilaksanakan oleh Adhari,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close