GovernansPilihan Editor

Pelaksanaan Bantuan PEMERKASA Plus Perlu Segera Secara Tuntas – Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara menyeru semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) bernilai RM40 billion hendaklah memastikan bantuan yang disalurkan itu disegerakan secara tuntas.

Sistem penyampaian dalam bentuk bantuan, agihan dan saluran kepada kumpulan bersasar dalam PEMERKASA Plus hendaklah komprehensif, sempurna dan efektif supaya pelaksanaan itu terkesan bagi mengurangkan beban rakyat serta memacu pertumbuhan ekonomi negara.

“Saya mendapat maklum antara perkara yang sering dibangkitkan rakyat ialah kurangnya efesien dan birokrasi dalam melaksanakan segala bantuan ke peringkat rakyat jelata yang selalu diumumkan oleh Kerajaan Pusat.

“Kepantasan menyalurkan bantuan kepada akar umbi sangat dituntut pada masa ini selari dengan matlamat utama Kerajaan Pusat iaitu mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam, meneruskan agenda prihatin rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan,” kata Pengerusi Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara berterima kasih kepada sikap keprihatinan Kerajaan Pusat dan rakyat juga berterima kasih di atas segala bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close