GovernansMalaysiaPilihan Editor

Anwar Lantik Jawatankuasa Penasihat Dasar Dalam Soal Pembangunan Negara dan Daya Tahan Ekonomi Negara

Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi sejajar dengan Ekonomi MADANI.

Jawatankuasa ini akan dipengerusikan bekas Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Hassan Marican.

Keahlian jawatankuasa penasihat itu terdiri daripada Pengerusi Eksekutif FVSB Sdn Bhd, Datuk Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ekonomi, Profesor Dr Yeah Kim Leng dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Institut Penyelidikan Khazanah, Dr Nungsari Ahmad Radhi.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataannya, berkata penubuhan jawatankuasa ini susulan berakhirnya tempoh Jawatankuasa Penasihat Kepada Menteri Kewangan (ACFIN) pada Februari 2024 yang juga dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican.

PMO berkata, cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh ACFIN, telah mendapat pertimbangan sewajarnya dan sebahagian daripadanya kini dalam proses pelaksanaan.

“Jawatankuasa yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BACALAHMALAYSIA.MY/BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close