Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Malaysia Perlu Sasaran Pendapatan Lebih Konkrit – Bank Dunia

Malaysia perlu mempunyai sasaran pendapatan yang konkrit untuk dicapai bagi membolehkan instrumen cukai yang sesuai dilaksanakan bagi mencapai sasaran itu, kata Bank Dunia.

Beliau berkata, langkah kerajaan meningkatkan pendapatan negara dengan memperkenalkan beberapa langkah perluasan cukai dilihat sebagai petanda positif, namun pihaknya berpendapat ia tidak mencukupi.

“Bagi perspektif kami, apa yang tiada ialah pengumuman sasaran pendapatan yang konkrit. Malaysia perlu menetapkan sasaran pendapatan yang lebih jelas memandangkan ia akan membantu mengenal pasti gabungan cukai yang optimum untuk dicapai,” katanya.

Hadir sama, Pengurus Negara Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Yasuhiko Matsuda.

Dalam laporan itu, Bank Dunia berkata, pendapatan Kerajaan Persekutuan dijangka merosot kepada 15.6 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2024 berbanding 17.3 peratus pada 2023 terutamanya berikutan pendapatan pelaburan di bawah kutipan hasil bukan cukai yang lebih rendah.

Ia berkata, kerajaan Malaysia juga menganggarkan penurunan sederhana dalam kutipan hasil cukai bagi 2024 berikutan pengenalan pelbagai langkah cukai yang digariskan dalam Belanjawan 2024.

Katanya, kutipan hasil cukai dijangka berada pada 12.3 peratus daripada KDNK pada 2024 berbanding 12.6 peratus pada 2023.

Mengenai penstrukturan pencen penjawat awam, Sanghi berkata, cadangan skim pencen caruman tertakrif kepada pengambilan penjawat awam baharu akan membantu mengurang perbelanjaan tegar kerajaan termasuk pembayaran berkaitan emolumen, pencen dan caj bayar balik hutang pada masa depan.

Beliau berkata, pengenalan skim pencen caruman tertakrif mengekang pengumpulan liabiliti pencen bagi mereka yang layak.

Walau bagaimanapun, katanya, dengan skim pencen caruman tertakrif hanya terpakai kepada pengambilan penjawat awam baharu, justeru mereka yang sudah dalam skim pencen manfaat tertakrif terus menjana liabiliti baharu untuk beberapa dekad akan datang.

Justeru, berikutan kerajaan membayar pesara daripada skim lama serta caruman kepada skim DC, kos keseluruhan dijangka meningkat ketika peralihan itu, jelasnya.

Mengenai tinjauan ekonomi Malaysia bagi 2024, Bank Dunia mengunjurkan ekonomi Malaysia akan berkembang 4.3 peratus sejajar pemulihan pertumbuhan global dengan permintaan domestik terus memacu pertumbuhan.

Ia menjangkakan penggunaan swasta Malaysia berkembang 5.2 peratus bagi tahun ini berbanding 4.7 peratus tahun lalu disokong keadaan pasaran pekerjaan yang kukuh dan langkah sokongan pendapatan isi rumah.

Sementara eksport kasar Malaysia dijangka berkembang 4.8 peratus pada 2024 sejajar dengan pemulihan perdagangan global. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close