Dimensi BisnesPilihan Editor

BACALAH AUTO: Volvo Car Malaysia Kini Menawarkan Rangkaian Penuh Pure Electric di Platform ‘Online Sales’

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Selepas kejayaan pelancaran platform ‘Online Sales’, pengeluar kereta mewah – Volvo Car Malaysia meneruskan inisiatif mereka untuk menjual kereta secara terus dengan menawarkan rangkaian penuh model Pure Electric kepada para pelanggan mereka.

Platform ‘Online Sales’ membolehkan para pelanggan Volvo untuk menikmati pengalaman membeli-belah yang lancar melalui beberapa ciri utama seperti:

  • Pelanggan kini boleh berurusan terus dengan Volvo Car Malaysia melalui platform ‘Online Sales’;
  • Platform ini membolehkan pelanggan membuat pembelian kereta Volvo idaman mereka melalui kaedah pembayaran yang selamat;
  • Melalui platform tersebut, pelanggan yang berminat juga dapat melihat ketersediaan stok dan harga dengan lebih jelas; dan
  • Platform tersebut memberikan pelanggan pengalaman pemesanan kereta Volvo yang selamat dan mudah.

Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Malaysia berkata, “Sejak pengenalan platform ‘Online Sales’, perjalanan pelanggan kami untuk membeli sebuah kereta Volvo telah menjadi lebih baik. Ia juga dibantu oleh ketelusan dan ketersediaan stok kereta kami.

Setakat hari ini, platform ini telah menyediakan rangkaian penuh model Pure Electric kami, dan kami merancang untuk mengintegrasikan lebih banyak lagi model kereta Volvo di platform tersebut tidak lama lagi.”

Kemas kini platform tersebut juga menandakan hasrat Volvo Car Malaysia untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai penggerak utama segmen e-mewah dan seterusnya memberikan para pelanggannya sebuah pengalaman mewah dari Sweden daripada keselesaan rumah mereka.

Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan Volvo C40 Recharge Pure Electric kini tersedia melalui platform e-dagang tersebut, membolehkan para pelanggan untuk membuat tempahan dan pembayaran secara terus kepada Volvo Car Malaysia melalui laman web rasmi syarikat tersebut di www.volvocars.com/my.

Daripada 1 Mei sehingga 30 Jun, Volvo Car Malaysia juga telah mengumumkan satu siri promosi untuk kesemua model kereta mereka.

Pelanggan yang mendaftarkan kereta Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan Volvo C40 Recharge Pure Electric ketika tempoh ini, bakal menikmati baucar pengexas dinding (wallbox) bernilai RM7,000 dan Insuran Volvo Car untuk tahun pertama secara percuma*.

Para pelanggan yang berminat boleh menempah sesi pandu uji melalui laman web Volvo Car Malaysia atau dengan menghubungi mana-mana penjual Volvo yang berdaftar untuk merasai sendiri pengalaman memandu Volvo C40 Recharge Pure Electric dan Volvo XC40 Recharge Pure Electric. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook https://bit.ly/VolvoMY- FB dan Instagram di https://bit.ly/VolvoMY-IG. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close