Pilihan EditorTwo Cents

Cari Sumber Pendapatan Baharu, Barulah Ekonomi Malaysia Positif – LIDAH PENGARANG

Kalau asyik menjual barangan yang sama dengan gaya yang sama malahan penjual pun nampak sama dan sama sahaja, agak-agak barangan jualan itu terjual ke ?

Mungkin pada awal-awal penjualan itu, lakulah tetapi lam kelamaan ?

Pembeli atau pengguna pasti bosan dengan produk yang sama sahaja.

Tengok penjual pun sama sahaja, tidak ada pembaharuan, inovatif atau tarikan lagi.

Akhirnya, jualan merosot, tutup kedai dan penjual cari benda baharu untuk kelangsungan hidup.

Sebab itu baharu-baharu ini Bank Dunia memberi pandangan kepada Malaysia supaya perlu meninjau sumber pendapatan baharu bagi memantapkan kedudukan fiskalnya memandangkan pendapatan kerajaan berada dalam aliran menurun sejak 2012.

Kerajaan Perpaduan di bawah Malaysia Madani sudah tentu nampak akan perkara ini tetapi perlukan kekuatan luar biasa.

Kata Bank Dunia,  institusi itu menjangkakan pendapatan kerajaan berada pada paras 15 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023 berbanding 16.7 peratus yang dijangkakan pada 2022.

Pada 2012, pendapatan kerajaan berada pada paras 21.4 peratus daripada KDNK.

Lidah pengarang sebenarnya setuju dengan Ketua Ahli Ekonomi Malaysia Bank Dunia, Dr Apurva Sanghi, yang mana katanya usaha untuk membina semula penampan fiskal harus didorong oleh kutipan hasil yang lebih tinggi dan kecekapan perbelanjaan yang lebih baik.

Malaysia harus beralih daripada ekonomi kepenggunaan kepada ekonomi diterajui pelaburan yang secara langsung akan meningkatkan gaji pekerja tempatan.

Ini kata Dr Apurva pada taklimat media mengenai Pemantauan Ekonomi Malaysia terkininya bertajuk ‘Expanding Malaysia’s Digital Frontier’ di Kuala Lumpur, baharu-baharu ini.

BH Online turut melaporkan bahawa mengenai jangkaan pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2023, Pengurus Negara Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Yasuhiko Matsuda, berkata ekonomi negara ini dijangka berkembang 4.0 peratus tahun ini di tengah-tengah jangkaan permintaan luaran yang perlahan.

Malaysia tidak mungkin berdepan kemelesetan tahun ini meskipun pertumbuhan ekonomi dunia dijangka perlahan.

Asas ekonomi negara kekal utuh dengan persekitaran pasaran pekerjaan negara yang bertambah baik serta keadaan politik domestik juga bertambah baik.

“Walaupun ekonomi global dijangka perlahan, Malaysia berada dalam kedudukan baik untuk mencatatkan pertumbuhan meskipun dijangka lebih perlahan berbanding pertumbuhan kukuh di luar jangkaan tahun lalu yang dijangka sekitar 8.0 peratus.

Prestasi kukuh pada 2022 sebahagiannya dipacu oleh pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menyumbang kepada penggunaan swasta yang tinggi di Malaysia berbanding negara lain.

Kita tengokkan nanti apa cerita dalam Belanjawan 2023 yang diberikan nafas baharu – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close