Oleh wartawan BacalahMalaysia.my
Calon Wanita diberikan keutamaan !
Ringkas, padat dan penuh bermakna, itulah kesimpulan pemerhati politik yang melihat pandangan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap sumbangan besar Wanita UMNO, di samping Wanita BN.
Dalam entri terbaharu Twitter rasmi Ahmad Zahid Hamidi, beliau yang juga Presiden UMNO menyatakan tagline Wanita UMNO adalah tulang belakang parti tetap relevan sepanjang masa.
“Calon Wanita akan turut diberikan keutamaan sebagai calon PRN (Pilihan Raya Negeri) dan PRU15 (Pilihan Raya Umum Ke-15),” kata Ahmad Zahid dalam pertemuan dengan Wanita UMNO Sabah Ahad lalu dengan hashtaq #UMNOSabahBangkit dalam twitternya.
Sebelum itu, Presiden UMNO bersama beberapa kepimpinan tertinggi parti mengadakan pertemuan bersama Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Sabah secara berperingkat di Negeri Di Bawah Bayu.
“Sayap-sayap UMNO Sabah terus bersemangat, cekal dan sentiasa bersiapsiaga menghadapi PRU15,” kata Ahmad Zahid dalam entri Facebook rasminya yang terbaharu. – BACALAHMALAYSIA.MY