GovernansMalaysiaPilihan Editor

Penghantar Makanan Terbabit Kemalangan Terima Bayaran RM1.3 Juta

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim (tengah) menyampaikan faedah hilang upaya sementara kepada penghantar makanan Hussain Mohamad Danial, 25 di rumahnya di Kampung Sukamari, Pendag. - FOTO NSTP/Noorazura Abdul Rahman
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim (tengah) menyampaikan faedah hilang upaya sementara kepada penghantar makanan Hussain Mohamad Danial, 25 di rumahnya di Kampung Sukamari, Pendag. – FOTO NSTP/Noorazura Abdul Rahman

 

PENDANG: Seramai 764 penghantar makanan terbabit kemalangan di seluruh negara menerima bayaran faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berjumlah RM1.3 juta setakat ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, berkata bayaran itu membabitkan individu yang hilang upaya sementara serta kekal dan faedah perubatan, orang tanggungan serta yang meninggal dunia.

“Bagi setiap permohonan diterima, kita akan proses segera sekiranya dokumen yang dihantar lengkap termasuk pengesahan doktor…paling lama dua atau tiga bulan sahaja mereka akan terima bayaran.

“Dalam sudut perlindungan dan kebajikan ini, setiap pekerja perlu beri perhatian kerana dalam apa jua kerja sekalipun di dunia ini ada risiko. Jadi kerana berisiko, pekerja perlu beri tumpuan,” katanya.

Hussain yang juga penuntut sebuah univerisiti di Mesir terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan mengambil pesanan pelanggan pada Jun tahun lalu, menyebabkan paha kiri dan tulang pinggul kirinya patah.

Katanya, setakat ini hanya 15.03 peratus atau 358,214 orang bekerja sendiri mencarum dengan pertubuhan keselamatan itu.

“Kita galakkan orang bekerja sendiri mencarum di bawah PERKESO kerana jika berlaku perkara tidak diingini seperti kemalangan, mereka boleh mendapat pelbagai faedah.

“Sekurang-kurangnya faedah yang diterima itu boleh meringankan beban keluarga ketika mereka tidak dapat bekerja sementara,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close