GovernansPilihan EditorTurun Naik

Ekonomi Negara Mampu Pulih Dengan Pantas – Penganalisis Pengurusan Krisis

Oleh Nordin Abdullah

 

Ekonomi Malaysia mampu pulih dengan pantas sama ada pada kadar 4.5 peratus tahun ini atau 6.5 peratus pada waktu akan datang sekiranya pelan pemulihan berjalan lancar.

Penulis berpendapat bahawa ekonomi negara akan pulih dengan cepat apabila aktiviti ekonomi dibuka sepenuhnya kelak.

Malaysia adalah negara pengeksport, eksport akan meningkat selepas ekonomi global pulih.

Sekarang, kita melihat ekonomi Eropah sudah kembali pulih manakala China dan bahagian lain di Asia juga sudah bertambah baik.

Bank Dunia menyemak turun pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk tahun 2021 kepada 4.5 peratus daripada enam peratus sebelumnya dalam persekitaran lonjakan semula kes jangkitan COVID-19 yang berlaku pada pertengahan bulan April, 2021.

Menurut ‘Malaysia Economic Monitor: Weathering the Surge’ oleh Bank Dunia yang dikeluarkan pada Rabu, unjuran pertumbuhan ekonomi itu lebih mencerminkan proses yang lebih perlahan tidak seperti dijangka untuk menangani pandemik dan pelaksanaan program vaksinasi.

Keutamaan segera Malaysia perlu ditumpukan kepada pengurusan pandemik yang cekap serta kesannya ke atas individu, isi rumah dan perniagaan, kata laporan itu. -BERNAMA

 

  • Penulis ialah penganalisis pengurusan krisis yang ditemubual dalam program Bernama TV ‘Midday Update’.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close