Musim perayaan yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia, bulan Ramadan dikenali secara meluas sebagai musim untuk berpuasa dan muhasabah diri.
Tetapi yang paling penting, ia juga masa untuk tidak mementingkan diri sendiri dan juga suatu peluang untuk semua rakyat Malaysia menyokong mereka yang sedang mengalami kesukaran – sesuatu yang terbukti menyerlah dalam kalangan rakyat Malaysia.
Oleh itu, sempena bulan Ramadan dan Hari Raya yang akan datang, Grab Malaysia menjemput rakyat untuk meneruskan amal kebajikan mereka dengan ‘Jimat-Jimat, Ingat-Ingat’.
Rakyat Malaysia boleh menjadikan penjimatan mereka di Grab sebagai usaha amal dengan menukar GrabRewards mereka sebagai sumbangan untuk pelbagai komuniti.
Sebagai tambahan, Grab Malaysia akan memadankan nilai setiap sumbangan GrabRewards yang dibuat sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya.
Antara badan amal dan organisasi yang pengguna boleh menyokong melalui inisiatif ini termasuk Islamic Relief Malaysia, PERTIWI, MERCY Malaysia dan banyak lagi.
Berkongsi inspirasi di sebalik usaha itu, Hassan Alsagoff, Ketua Pemasaran Negara Grab Malaysia, berkata, “Sama ada menyokong perniagaan kecil tempatan atau membantu seluruh komuniti untuk bangkit semula, rakyat Malaysia sentiasa gigih untuk menghulurkan bantuan.
“Dan sebagai syarikat tempatan, kami mahu berada di sisi mereka pada setiap langkah untuk menjadikan usaha amal mereka lebih lancar.
“Dengan GrabRewards, kami berada dalam kedudukan yang unik untuk menawarkan penjimatan hebat dan peluang mudah kepada rakyat untuk berbuat baik.
“Dengan memadankan setiap derma, kami bukan sahaja berharap untuk menggalakkan lagi sikap memberi ini tetapi menunjukkan bagaimana setiap penjimatan yang anda terima di Grab boleh dijadikan peluang untuk membantu orang lain.”
Di samping memadankan semua sumbangan GrabRewards yang dibuat pada masa ini, Grab menawarkan tawaran dan diskaun hebat di seluruh perkhidmatannya serta melancarkan usaha lain untuk membantu keperluan perayaan rakyat Malaysia:
- Baju Raya Edisi Terhad Rakan Grab – Memastikan komuniti pemandu dan rakan kongsi penghantaran Grab juga diingati, Grab memberi ganjaran kepada rakan kongsinya yang berprestasi tinggi dengan baju batik edisi terhad eksklusif, direka oleh Firdaus Nordin.
- Tawaran Makanan Eksklusif dengan GrabUnlimited – Kini dengan harga pengenalan istimewa hanya 1 sen, nikmati penjimatan tambahan untuk berbuka puasa dan juadah kegemaran Ramadan dengan diskaun sehingga 50%, hanya dengan GrabUnlimited. Grab juga akan bekerjasama dengan beberapa penggemar makanan terkenal untuk menyerlahkan pilihan utama mereka di GrabFood, daripada makanan ruji tradisional hingga ke gabungan unik.
*Petua pro Grab: Anda masih boleh menggunakan “GrabFood diskaun 50% anda dengan Tawaran Hangat + baucar FreeDel” dengan menjadualkan pesanan anda pada jam 8 malam! - Glam Raya Bersama Grab – Rakyat Malaysia yang ingin menaik taraf fesyen Raya mereka boleh menantikan pratonton khas beberapa trend terkini secara eksklusif di Grab. Dengan memanfaatkan ciri GrabLive (BETA) yang baharu, LILIT. dan Zalora akan menayangkan pratonton koleksi Raya terbaru mereka pada 16 April 2022, dengan promosi eksklusif GrabPay.
- GrabMart Resepi Ramadan On-The-Way – Bagi mereka yang tercari-cari cara baharu dan kreatif untuk menambah kelazatan hidangan Ramadan mereka yang dimasak di rumah, Grab bekerjasama dengan Chef Naem untuk menampilkan resipi mudah dibuat yang mengetengahkan masakan ruji Melayu dengan kelainan. Beberapa resipi menarik termasuk Dumpling Ayam Masak Merah dan Lontong Goreng Pedas Makanan Laut, dan pengguna boleh mendapatkan semua yang mereka perlukan untuk mencipta semula hidangan ini daripada GrabMart!
- Jimatkan perjalanan perayaan – Sama ada anda merancang untuk balik kampung atau menghabiskan cuti dengan makan angin, jimatkan semua keperluan perjalanan anda dengan Grab:
- Grab Travel Pass: Nikmati tawaran hebat untuk perjalanan Grab, penerbangan, hotel dan tarikan di seluruh negara, kini pada harga pengenalan istimewa RM4.90 sahaja.
- Intercity: Baru diperkenalkan untuk memberikan kemudahan dan pilihan perjalanan lanjut untuk rakyat Malaysia, nikmati potongan 10% daripada tiket bas dan/atau feri anda melalui Intercity.
- Dapatkan ganjaran ketika menghantar hadiah – Serupa perayaan lain di Malaysia, orang ramai sedang bersiap sedia untuk menghadiahkan hadiah kepada insan tersayang. Untuk menjadikan pemberian hadiah dalam tempoh perayaan ini lebih bermanfaat, Grab memperkenalkan dua cabaran baharu:
- GrabGifts Challenge: Dapatkan GrabRewards dan baucar tambahan hanya dengan menghantar hadiah kepada orang tersayang dekat atau jauh!
- GrabExpress Super Sender Challenge: Jimat lebih RM150 setiap bulan dan sahut cabaran untuk memenangi bahagian hadiah anda bernilai RM35,000!
“Kami mahu terus menjadi platform yang membantu rakyat Malaysia dengan keperluan mereka, sama ada dengan keperluan harian yang berpatutan, cara mudah untuk membuat persiapan perayaan atau juga dengan menyediakan ruang untuk rakyat Malaysia berbuat baik kepada golongan kurang bernasib baik. Bagi pihak Grab, Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa,” akhiri Hassan.
Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai promosi sempena perayaan Ramadan dan Raya tahun ini, sila layari: JIMAT-JIMAT, INGAT-INGAT – BACALAHMALAYSIA.MY