Ekonomi Islam & Global

Ekonomi Singapura Susut 12.6 Peratus Pada Suku Kedua

Ekonomi Singapura susut 12.6 peratus pada suku kedua 2020 berikutan langkah-langkah Pemutus Litar (CB) dan permintaan luaran yang lemah dalam persekitaran ekonomi global yang merosot disebabkan pandemik COVID-19.

Dalam mengeluarkan perangkaan awal, Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu berkata langkah-langkah yang dilaksanakan selama lapan minggu dari 7 April, adalah termasuk menggantung perkhidmatan bukan penting dan menutup kebanyakan premis tempat kerja.

Sementara itu, pada asas tahunan bermusim diselaraskan suku ke suku, ekonomi susut 41.2 peratus pada suku kedua, katanya.

Perangkaan awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku kedua 2020 dikira sebahagian besarnya daripada data dalam tempoh dua bulan pertama suku tahun itu – April dan Mei 2020 -.

Ia menjadi petunjuk awal kepada pertumbuhan KDNK pada suku tahun itu dan tertakluk kepada semakan semula apabila data yang lebih komprehensif didapati.– BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close