MalaysiaPilihan Editor

JUBLI INTAN 75 TAHUN: UMNO Perlu Bebas Dipagari Dengan Kepalsuan & Dihiaskan Dengan Kepuraan-puraan – Naib Ketua Wanita UMNO

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

UMNO bukan sekadar parti politik semata-mata kerana hakikatnya mengandungi semangat dan roh, mencerminkan semangat persefahaman, mempamerkan kesediaan berkompromi serta mencerminkan kehalusan sepakat yang mengimbangkan kepentingan-kepentingan yang saling bercanggah, namun amalan tolenrasi direalisasikan dengan hati yang terbuka.

Itulah pandangan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim sempena sambutan Jubli Intan UMNO pada 11 Mei 2021 lalu yang turut menzahirkan betapa ketika ini pun, parti ini tidak kalah, tidak menang, namun itulah Wanita dan UMNO berdiri teguh, berpendirian tegas, tidak berundur walau setapak sekalipun.

“UMNO perlu bebas dipagari dengan kepalsuan dan dihiaskan dengan kepura-puraan.

“Adalah penting UMNO pada masa seusia 75 tahun ini, perlu segar dalam perjuangan baharu berlandaskan kebenaran,” kata Norliza yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.

Menurut beliau yang menempuhi perjalanan sebahagian perjuangan UMNO yang telah berakar umbi lebih tujuh dekad yang lalu, institusi politik kepartian UMNO tidak boleh lari dengan pembentukan sistem Raja Berperlembagaan,Demokrasi Berparlimen mempunyai landasan sejarah dan tradisinya.

Parti UMNO lahir di Istana Johor dengan linangan air mata orang Melayu, kini telah menitip 75 tahun.

“Institusi kepartian UMNO ini amat menghidupkan minda saya yang berakar umbi di dalam keluarga jua.

“Atas landasan itu, institusi UMNO secara awal dan masakini mencerminkan amalan kesederhanaan sebagai penyatu sosial yang membentuk perikatan dan barisan rakyat Malaysia sejak sekian lama,” kata Norliza yang juga Ketua Wanita UMNO negeri Pulau Pinang.

Konsep mendahulukan rakyat dan amalan kesaksamaan serta kemakmuran rakyat pelbagai agama, kaum, budaya dan bahasa adalah sebahagian daripada sifat dan citra UMNO.

Mengutamakan kemajuan, ilmu pendidikan dan toleransi berpegang semangat di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, mengambarkan UMNO tidak mudah dipadamkan, dipijak, diperlekehkan dan dihina waima sekali pun.

“UMNO sinonim dengan orang Melayu.

“UMNO sinonim dengan perjuangan dan pergerakan Wanita.

“Seiring dengan perjuangan 75 tahunnya, Wanita telah menjadi benteng tulang belakang, benteng barisan hadapan jua, benteng penghalang dari anasir-anasir luar serta benteng keharmonian kepada rakyat jelata.

“Kerana itu, perjuangan Wanita tidak mungkin tercicir atau dicicirkan kerana selama ini pun, kami, WANITA UMNO peka dan memahami denyut nadi, denyut jantung rakyat, keluh kesah rakyat, mempertahankan kemuliaan Agama Islam serta penggunaan Bahasa Melayu dan hak-hak orang Melayu dan wanita yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Tiba masanya dalam tempoh 75 tahun ini, penyertaan Wanita sebanyak 30 peratus perlu digapai secara nyata sebagai satu manifestasi – satu lambang keagungan tamadun bangsa terutama wanita di bumi Malaysia ini.

“Kuasa Wanita dalam kepartian UMNO dan suara rakyat pabila digabung dan diimbang berpegangkan semangat dan mengekalkan yang dikendong dalam usaha mencipta yang baharu dalam dinamika politik yang mencabar kini, pastinya menjadi syarat penting untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU-15),” ujar Norliza.

Ketetapan untuk terus memesrakan institusi UMNO adalah satu pelanjutan perjuangan dan kesinambungan betapa parti UMNO masih terus diterima, relevan dan berbakti kepada rakyat dan negara.

Justeru, Norliza menegaskan betapa jiwa besar terus dituntut usah dilekakan dengan kesombongan, keangkuhan, kerakusan, gila kuasa dan jawatan maka UMNO hendaklah dicerminkan sebagai sebuah parti yang benar-benar ikhlas, bersih, bermuafakat dan kata sepakat. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close