Pilihan EditorTwo Cents

LIDAH PENGARANG: Kadar Pengangguran Menurun Sehingga 3.5 % Di Seluruh Negara, Syabas Menteri Sumber Manusia !

Rakyat memerlukan pekerjaan demi kelangsungan hidup, menaik taraf kehidupan dan ekonomi serta memperkasakan kesejahteraan kehidupan.

Ini matlamat rakyat yang sangat memerlukan pekerjaan terutama golongan belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lepasan graduan universiti serta mereka yang telah kehilangan pekerjaan atas pelbagai sebab.

Jadi apabila ada pengumuman daripada Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar sendiri bahawa kadar pengangguran negara telah menurun dan mencapai kepada 3.5 peratus pada setakat Februari 2023 lalu, ini satu berita yang sangat menggalakkan.

Syabas Menteri Sumber Manusia !

Nampaknya kesungguhan kerajaan Malaysia Madani semakin menampakkan hasilnya. Inilah yang rakyat Malaysia nanti-nantikan iaitu satu peluang pencarian pekerjaan dan ditempatkan sesegera yang boleh.

Malahan dilihat begitu banyak penganjuran Karnival Kerjaya yang telah menampakkan kesan positif sosioekonomi di banyak negeri. Susulan daripada itu, semakin nampak pengurangan kadar pengangguran serta peningkatan penyertaan tenaga buruh.

Di peringkat nasional pasaran buruh negara telah kembali pulih. Seperti yang dikatakan awal tadi, pada tahap guna tenaga penuh di mana kadar pengangguran kurang dari 4 peratus.

Peluang pekerjaan juga telah kembali normal di mana portal pekerjaan negara MyFutureJobs merekodkan hampir 700,000 kekosongan jawatan.

Setakat 14 April 2023 lalu, seramai 16,575 individu telah ditempatkan dalam pekerjaan di seluruh negara dan seramai 1,646 orang sahaja di negeri Selangor. Secara keseluruhan pada tahun lalu sahaja, Selangor mencatatkan 57,128 orang telah berjaya ditempatkan di seluruh negeri berkenaan.

Ini direalisasikan melalui perkhidmatan pekerjaan termasuk program penempatan pekerjaan menerusi portal MyFutureJobs.

Di bawah kerajaan Malaysia Madani ini, rakyat sangat berharap kerajaan sentiasa menumpukan isu nasional iaitu bagaimana untuk mengurangkan pengangguran dalam kalangan rakyat dan menggalakkan penyertaan mereka dalam pasaran buruh demi meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat.

Moga menerusi Insentif Kerjaya Madani 2023, usaha meningkatkan peluang dan penempatan pekerjaan untuk pelbagai kumpulan sasar mencapai seperti mana yang diharapkan terutama di bawah Program Daya Kerjaya, Daya Kerjaya TVET dan Program Bina Kerjaya.

Dengarnya ia telah bermula pada Hari Pekerja yang lalu iaitu 1 Mei sehingga 31 Disember 2023.

Jadi, jom rakyat Malaysia dan mereka yang memerlukan supaya segera memohon insentif ini, bak kata seorang penulis motivasi dari Amerika Syarikat, William Arthur Ward “Opportunities are like sunrises, if you wait too long, you miss them”.

Harap Sivakumar terus memperjuangkan usaha murni ini.

Agak menarik juga apabila Menteri Sumber Manusia sempat berpantun di Karnival Kerjaya MyFutureJobs & Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Negeri Selangor 2023 baharu-baharu ini dan sangat tepat rangkap pantunnya itu yang berbunyi seperti berikut;

Songket kebaya bermotif bunga,

Pilihan busana puteri kayangan,

Marilah tuan hadiri temuduga,

Untuk peroleh kerjaya idaman.

 

Putera raja singgah bersantap,

Puteri kayangan tersenyum ria,

Kerjaya stabil pendapatan tetap,

Hidup keluarga bertambah bahagia.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close