GovernansMalaysiaPilihan Editor

Kerajaan Akan Melepaskan DNB Kepada Swasta Selepas 80 Peratus Liputan 5G

Sebuah entiti swasta akan mengambil alih Digital Nasional Bhd yang dimiliki kerajaan sebaik sahaja syarikat tujuan khas kementerian kewangan itu, mencapai liputan rangkaian 5G sebanyak 80 peratus kawasan berpenduduk, demikian mengikut Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Ali Hanafiah Mohd Yunus.

Selepas itu, katanya, peruntukan penyediaan perkhidmatan 5G disalurkan menerusi dua entiti swasta.

“Entiti A akan mengambil alih DNB, di mana ia akan menyambung semula operasi dan pelaksanaan. Entiti B akan bermula dari awal,” katanya dalam temu bual dengan Bernama TV.

Hanafiah berkata kakitangan DNB akan kekal bersama Entiti A.

Ali Hanafiah berkata kerajaan akan memastikan akan wujud ‘padang permainan’ yang sama rata apabila perkhidmatan 5G disediakan oleh kedua-dua entiti itu.

Syarat akan dikenakan untuk memastikan kedua-dua entiti menyediakan perkhidmatan internet pada kelajuan yang sama, dan pada harga yang sama, serta untuk memastikan tiada pengguna tertinggal lebih teruk.

“Jika entiti A mengambil alih caj DNB sebanyak RM13 untuk 1 GB data, maka entiti B akan mengenakan caj yang sama. Tetapi jika entiti B akan menawarkan sesuatu yang lebih murah, itu terpulang kepada mereka.

“Dari segi kualiti perkhidmatan dan kualiti pengalaman, apa yang dikenakan ke atas entiti A akan dikenakan ke atas entiti B pada masa yang sama. Jadi akan ada ‘padang permainan’ yang sama rata,” katanya. – BH ONLINE/BERNAMA TV

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close