Dimensi BisnesPilihan Editor

BACALAH AUTO: Volvo XC60 T8, Lengkap Keselamatan Termoden Yang Memberi Keabsahan Pemanduan Selamat

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

‘Tagline’ Volvo For Life’ sangat menepati citarasa pemilik yang mengidamkan pemanduan selamat, selesa, kondusif serta terjamin.

Tidak syak, Volvo sentiasa menepati dengan kehendak spritual yang memanfaatkan pelaburan yang bermakna.

Sentuhan ‘Volvo For Life’ dari pengeluar kereta terkemuka dari Sweden ini bukan calang-calang dalam dunia industri automotif malahan terus berinovasi menghasilkan kenderaan yang bukan sahaja dianggap selamat malah dipadankan dengan teknologi automotif terkini.

Elemen keselamatan tetap menjadi agenda utama tanpa mengabaikan rekacipta dan halusan buatannya yang sentiasa memukau di hati pencinta kenderaan.

Kali ini, Volvo muncul dengan model XC60 T8 Twin Engine Inscription Plus, iaitu sebuah SUV saiz sederhana yang cukup mewah.

 

XC60 yang dibina di atas platform yang sama dengan XC90, S90 dan V90, adalah antara SUV paling selamat di dunia kerana ia mencapai skor Euro NCAP setinggi 98 peratus untuk keselamatan penumpang dewasa dan 95 peratus dalam kategori kenderaan off-road besar.

Jom kita tinjau soal keselamatannya;

Pemandu juga boleh mengawal butang audio atau memilih siaran radio di stereng selain butang kawalan untuk auto cruise.

Ciri Keselamatan

  • BLIS™ Blind Spot Information and Cross Traffic Alert
  • Keyless entry with mini remote control and hands-free power boot lid opening and closing
  • Remote control shell
  • WHIPS™ whiplash injury protection system
  • SIPS™ side impact protection system
  • Tempered side windows
  • Inclination sensor for Alarm
  • Oncoming Lane Mitigation
  • Intelligent Driver Information System (IDIS)
  • Emergency Brake light and Hazard Warning
  • Dual-stage airbags, driver and front passenger
  • Alarm
  • Interior motion sensor for Alarm
  • Without blocked lock mode
  • Private locking
  • Power child safety lock
  • Double locking
  • Central lock switch with diode in front and rear doors
  • Alarm Logic Base
  • Temporary Mobility Kit
  • Warning Triangle
  • Lane Keeping Aid
  • Inflatable Curtain
  • Belt minder all seats
  • Passenger airbag cut-off switch
  • Safety belts with pre-tensioners and load limiters
  • Road Sign Information
  • Indirect TPMS, Basic Algorithm
  • Isofix – outer position rear seat

Rekaan Luaran

Melihat kepada rekaan luarannya, Volvo XC60 ini ditawarkan dalam tiga varian iaitu XC60 T5 Automatik AWD, XC60 T8 Twin Engine Inscription dan T8 Twin Engine Inscription Plus yang berbeza daripada segi kuasa enjin dan spesifikasi.

Bagi model XC60 T8 Twin Engine Inscription Plus yang dipandu uji  BACALAH AUTO ini, varian terbaharu ini  memiliki daya kuasa enjin yang sama, namun sedikit perbezaan dalam dilihat daripada segi luaran dan dalaman misalnya, varian lebih mewah Inscription Plus ini dibaluti kekemasan krom pada rekaan badan luar manakala sistem bunyi audio pula jenama Bower & Wilkins.

Antara ciri menarik ialah

  • Lampu hadapan LED bercirikan ‘tukul Thor’ dengan fungsi Active Bending Lights
  • Bumbung suria panaromik
  • Gril hadapan dengan bilah menegak
  • Kemasan perak untuk dua lubang angin di kiri dan kanan bamper hadapan
  • Kemasan sisi krom pada bahagian pintu siap dengan tulisan Inscription
  • Ekzos kembar kiri dan kanan dengan kemasan krom
  • Roda aloi lebih besar 19 inci dengan 10 bilah, dan tayar bersaiz 235/55 R19
  • Soket Plug In Hybrid pada bahagian sisi kiri hadapan
  • Kamera warna 360 darjah
  • Tombol gear Kristal oleh Orrefors

Ketika dipandu perlahan, sistem stereng elektronik SUV ini cukup ringan sekali gus memudahkan pemandu ketika memarkir kereta ini ataupun ketika membuat pusingan ‘U’, namun sistem stereng ini berubah menjadi sedikit berat apabila kenderaan ini mencecah kelajuan tinggi menjadikannya lebih stabil.

Apa yang penulis perasan ialah ketika model ini dipandu pada waktu malam, sistem lampu hadapan LED dengan fungsi Active Bending Lights cukup inovatif kerana ia turut memberikan suluhan kepada laluan gelap di sebelah kiri seolah-olah lampu utamanya terpecah kepada ‘dua’.

Enjin 

Perkara pertama yang harus diberikan pujian ialah tahap bunyi enjin yang cukup rendah dan ini dapat dirasai ketika enjin SUV ini dihidupkan apabila seolah-olah tiada bunyi enjin langsung kedengaran.

XC60 T8 ini dipadankan dengan enjin 2.0L 4-silinder dan disebabkan SUV ini ialah sebuah Plug In Hybrid, ia turut dilengkapi dengan motor elektrik (87 hp dan 240 Nm) untuk menjana roda belakang.

Apa yang menarik ialah SUV mewah bersaiz sederhana ini mampu menghamburkan kuasa kuda setinggi 407 hp dan daya kilas setinggi 640 Nm melalui sistem transmisi lapan kelajuan automatik.

Terdapat 5 pilihan mod pemanduan disediakan:

  1. Constant AWD (all wheel drive)
  2. Pure (Eco Drive)
  3. Hybrid
  4. Power (sporty)
  5. Off Road (laluan lasak)

Meskipun SUV ini ialah model hybrid yang menggunakan kuasa motor bateri sebesar 10.4 kWh terletak dibonet belakang, ia mampu bergerak dengan kuasa bateri sejauh 45 kilometer tanpa menggunakan bahan api.

Ciri ini cukup sesuai jika anda memang sentiasa mahukan sebuah SUV untuk kegunaan harian ke tempat kerja, menjadikan tahap penggunanan bahan apinya sangat rendah.

Keseronokan memandu uji XC60 ini benar-benar dapat dirasakan ketika meratah selekoh dan bukit menuju ke Hulu Langat apabila sistem enjin dan stereng bertindak responsif.

Sebagaimana ciri sebuah kereta ‘kacukan’ enjin petrol dan hibrid, maka setiap kali pedal brek ditekan, motor elektrik akan bertukar fungsi dan menjadi sebuah dinamo yang membekalkan tenaga elektrik.

Jadi, anda harus bijak mengendalikan kereta ini jika dipandu dalam keadaan agresif.

Malah ketika menuruni, mendaki bukit atau mengharusi kesesakan teruk, pemandu tidak perlu kerap menekan brek meskipun gear berada dalam kedudukan ‘D’ kerana XC60 ini akan berada dalam keadaan statik dan SUV ini akan hanya bergerak jika pedal minyak ditekan.

Ciri ini memberikan kelebihan dan keselesaan kepada pemandu kerana kaki tidak perlu sentiasa menekan brek sebagaimana kereta menggunakan transmisi automatik.

Dapatlah kaki kanan ini berehat sedikit. Hebat bukan!

Rekaan Dalaman

Cukup mewah dan bergaya. Dua perkataan yang mampu digambarkan apabila melangkah masuk ke ruang kokpit pemandu dan kerusi penumpang yang dibaluti kerusi kulit jenis Charcoal yang lembut malah tulisan Inscription turut tertera pada bahagian pelapik kepala.

Rekaan kerusi juga cukup selesa dengan menyokong keseluruhan tubuh badan bagi keselesaan maksimum kepada semua penumpang khususnya sistem kawalan kerusi elektronik kepada pemandu dan penumpang hadapan.

Skrin bersaiz 12 inci yang terletak ditengah-tengah papan pemuka menjadi tumpuan kerana segala tetapan boleh dilakukan malah paparan imej kamera ketika mengundur dapat dilihat 360 darjah.

 

Bilah penyaman udara yang besar dihadapan manakala ditepi tulang pintu bagi penumpang belakang cukup selesa. Tidak dilupakan tombol gear unik yang diperbuat daripada kristal sepenuhnya oleh Orrefors menjadikan XC60 T8 Twin Engine Inscription Plus ini cukup eksklusif.

Butang mod pilihan pemanduan juga terletak berhampiran tombol gear manakala brek parkir hanya perlu menekan butang sahaja.

Bahagian perehat tangan juga selesa dengan ruang meletak minuman disediakan dan jika tidak mahu nampak bersepah, tutup sahaja untuk kelihatan lebih kemas.

Bagi anda yang mahukan sebuah SUV yang bersaiz sederhana tetapi memiliki ciri kemewahan dan keselamatan termaju, Volvo XC60 T8 Twin Engine Inscription Plus adalah pilihan yang ‘diidam-idamkan’.

Segala ciri yang dipadankan ini bukan sahaja menepati ciri-ciri pengguna masa kini malah tahap penggunaan bahan api juga harus diberikan perhatian khususnya jika mod pemanduan hibrid diaktifkan sepanjang masa. Jangan lupa layari https://www.volvocars.com/my  – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close