Dimensi BisnesPilihan Editor

Pelbagai Keluaran Barangan Makanan Seluruh Dunia Dipamerkan di SIAL Paris 2022

Dari Sabah (Malaysia), Perancis, Switzerland, Brazil, Mesir, Indonesia, Thailand dan Poland dipamerkan di pameran inovasi makanan terbesar dunia

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my di Paris, Perancis.

Pelbagai keluaran barangan makanan dari seluruh dunia termasuk dari Sabah (Malaysia), Perancis, Switzerland, Brazil, Mesir, Indonesia, Thailand dan Poland dipamerkan di pameran inovasi makanan terbesar dunia iaitu Salon International de l’Alimentation (SIAL) Paris 2022 bermula semalam (15 Oktober 2022).

Switzerland umpamanya memasarkan barang-barang kering keluaran mereka berdasarkan kelapa, mempelam dan nenas. Mereka mempunyai ladang dan kilang di Ghana.

Usahawan Poland pula memasarkan keluaran menggunakan cendawan dan pelbagai jenis beri seperti wild blueberry, blackberry, cranberry dan raspberry.

Usahawan Sabah juga memasarkan keluaran mereka seperti sos, keropok ikan, kerepek, ubi kayu selain minuman tenaga dan minuman dari halia.

Ketika ditemui Pengarah Pusat Sehenti Usahawan Global  (GLOPEC), Azmi Aziz, melahirkan keyakinan terhadap usahawan Sabah yang mampu menembusi pasaran antarabangsa kerana keluaran mereka bermutu, unik dan setanding dengan mutu barang-barang luar negara.

GLOPEC kini membantu usahawan Sabah memasarkan barang-barang mereka menerusi Program Taste of Sabah yang diadakan di London pada Mei lalu dan kini di SIAL PARIS 2022.

Sejak Mei lalu, GLOPEC banyak menerima pertanyaan daripada pembeli dan pengimport dari seluruh dunia dan kini sedang melengkapkan keluaran usahawan dengan lesen dan persijilan yang diperlukan.

GLOPEC bersama Kumpulan Yayasan Sabah telah mula memanfaatkan penyertaan dalam pameran inovasi makanan terbesar dunia iaitu SIAL di Paris untuk memperkembang potensi produk ‘Made in Sabah’.

Pameran SIAL Paris selama lima hari bermula 15 Oktober hingga 19 Oktober itu menjanjikan potensi memberangsangkan untuk produk berasaskan makanan dan minuman halal serta sihat dari Sabah, begitu juga sektor kraftangan untuk memperkembang capaian khususnya ke pasaran Perancis dan Eropah. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close