Dimensi BisnesPilihan Editor

Pembangunan Satu Komuniti Pintar Digital Dalam Kalangan Wanita Pulau Pinang Perlu Diperkasakan – Kata Norliza Abdul Rahim

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Satu komuniti pintar perlu diperkasakan !

Apatah lagi dalam kalangan wanita terutama wanita Pulau Pinang !

Pandangan ini disuarakan Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Datuk Norliza Abdul Rahim yang menyifatkan pembangunan satu komuniti pintar digital dalam kalangan wanita di negeri ini perlu diperkasakan, di samping membangunkan ekonomi dan perniagaan yang lebih baik menerusi platform digital.

Beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia berkata pada waktu Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) Covid-19 telah menterjemahkan suasana betapa platform digital memainkan peranan penting dalam kehidupan semasa apatah lagi ia sangat membantu waktu ketika susah dan terhad pergerakan kita.

“Namun menerusi landasan digital, ia sebenarnya sangat memudahkan dan efektif.

“Kerana itu, usaha Wanita UMNO Pulau Pinang yang mengadakan kerjasama dengan Transformasi Digital TFP Solutions Bhd bagi menjayakan fintech dikenali sebagai One Digital sangat bertepatan,” katanya.

Menurut Norliza, menerusi One Digital, penggunaan sistem komputer, teknologi elektronik, telefon pintar dan peralatan canggih akan dapat melancarkan kehidupan, pekerjaan dan perniagaan harian.

“Aplikasi digital yang menghubungkan terus ke laman aplikasi Facebook, Instagram, Twitter dan website Wanita UMNO Pulau Pinang akan dapat melakukan gerak kerja wanita dengan kaedah digital dalam pentadbiran, pengurusan program dan aktiviti semasa,” katanya.

Malahan, Norliza juga yakin platform fintech ini dapat memperkasakan kedudukan usahawan wanita di Pulau Pinang dengan membantu wanita di negeri Pulau Mutiara ini menjana pendapatan dari sudut digital dengan lebih hebat lagi.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close