Duniaku TeknokratPilihan Editor

Noraihan Dilantik Jadi CEO Wanita Pertama MTC

Majlis Kayu-kayan Malaysia (MTC) melantik Noraihan Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu berkuatkuasa 1 Disember, menggantikan Muhtar Suhaili yang meletak jawatan pada 1 Oktober lalu.

MTC dalam satu kenyataan berkata, Noraihan juga menjadi wanita pertama dalam sejarah 30 tahun MTC dilantik sebagai CEO, selepas memegang rekod wanita pertama untuk jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO) MTC.

“Beliau akan menyelia hala tuju strategik dan memacu pertumbuhan mampan untuk MTC. Noraihan memiliki pengalaman yang luas dan memegang pelbagai jawatan penting dalam MTC,” katanya.

Noraihan memiliki ijazah dalam Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) daripada University of Arizona USA, memulakan kerjayanya di MTC sebagai pegawai di Bahagian Promosi Pasaran sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah pada 2010.

Mengulas mengenai perlantikan baharu itu, Pengerusi MTC, Norrida Yusoff berkata, dengan peranan baharunya, Noraihan akan terus memperkasakan kakitangan dan membawa majlis berkenaan ke hadapan.

Sementara itu, Muhtar yang sebelum ini adalah CEO MTC dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (GCOO) bagi sebuah penyedia penyelesaian minyak dan gas bersepadu berkuat kuasa 1 Disember 2022.

“Muhtar sudah membangun dan memacu MTC ke hadapan, terutamanya dalam tempoh dua tahun lalu yang sangat mencabar. Saya amat berterima kasih kepadanya atas sumbangannya yang tiada tandingan kepada MTC,” tambah Norrida. – BH ONLINE/BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close