Kedai RuncitPilihan Editor

Pemilik Me’nate, Serai Group Bekerjasama Buka Restoran Di Kota London

pembukaan rasmi ‘Meet Bros Steakhouse’ di Paddington, London pada 12 Mei 2023

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Palace Butcher Resources Sdn Bhd dan Serai Group Sdn Bhd mengumumkan mengenai pembukaan rasmi ‘Meet Bros Steakhouse’ di Paddington, London pada 12 Mei 2023.

​Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar berkenan mencemar duli berangkat menyempurnakan perasmian restoran tersebut.

​Meet Bros Steakhouse adalah kerjasama julung kalinya di antara dua syarikat F&B Bumiputera ternama, Palace Butcher Resources Sdn Bhd dan Serai Group Sdn Bhd di bawah rangkaian restoran mereka yang terkenal, Me’nate Steak Hub dan Jibby & Co.

​Kerjasama di peringkat antarabangsa ini adalah antara peristiwa penting yang menjadi sebahagian daripada lakaran sejarah industri F&B Malaysia.

Rekod prestasi yang kukuh dalam pembangunan dan pengendalian rangkaian restoran masing-masing di Malaysia membolehkan mereka mendapat pelbagai pengiktirafan serta penghargaan daripada industri F&B tempatan.

​Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) membantu mereka melalui sokongan kewangan dan pembangunan. Kedua-dua syarikat ini sudah menjadi sebahagian Rakan Usahawan PUNB selama lebih 10 tahun. PUNB telah menyokong mereka dalam mengembangkan perniagaan di peringkat tempatan dan terus membantu mereka untuk menembusi pasaran antarabangsa.

​Meet Bros Steakhouse menawarkan kombinasi unik hidangan stik citarasa Asia dan Barat.

Objektif utama mereka adalah menyediakan pengalaman makanan yang separa-mewah dengan suasana moden kepada pelanggan sambal menikmati makanan enak bersama keluarga dan rakan-rakan.

Restoran ini terletak di lokasi strategik dengan akses mudah kepada pengangkutan awam melalui sambungan Stesen Kereta Api Paddington dan Stesen Tube London, dikelilingi kawasan perumahan dan pusat makanan.

​Meet Bros Steakhouse akan dibuka kepada orang ramai sejurus selesai majlis perasmiannya pada 12 Mei 2023.

Untuk tempahan atau maklumat lanjut mengenai Bros Steakhouse, sila hubungi +603-4141 9133 atau melalui e-mel di [email protected]

​Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Encik Izwan Zainuddin berkata, sejajar dengan transformasi baharu PUNB dengan tema, ‘Reinventing PUNB, Path to Sustainability’ (R-25), PUNB komited dalam pembangunan strategik usahawan Bumiputera dalam sektor peruncitan dan perdagangan serta pengedaran di dalam dan luar negara.

​Menurutnya, PUNB telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi memperkasakan Rakan Usahawan di peringkat antarabangsa antaranya, misi perdagangan ke London dan Wales, United Kingdom; Lahore, Pakistan; Taipei, Taiwan dan Cape Town serta Johannesburg di Afrika Selatan.

​“PUNB akan meneruskan usaha membantu Rakan Usahawan PUNB mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa pada masa hadapan berdasarkan peluang dan kesesuaian pasaran,” katanya.

​Sebarang pertanyaan mengenai PUNB, boleh hubungi PegawaiKhidmat Pelanggan di talian 1 300 13 7862 atau e-mel kepada [email protected]. Layari portal rasmi PUNB di www.punb.com.my dan ikuti akaun rasmi media sosial PUNB @punbofficial untuk maklumat terkini. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close