GovernansMalaysiaPilihan Editor

Usahawan Bumiputera Terus Dibantu, PUNB Sasar Salur RM250 Juta Pembiayaan tahun ini

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Pembiayaan itu tidak terhad kepada mana-mana industri !

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) membuka permohonan pembiayaan kepada semua usahawan Bumiputera !

Malahan PUNB akan menyalurkan pembiayaan perniagaan berjumlah RM250 juta tahun ini berbanding sasaran awal RM189 juta selepas menyemak dan mengkaji semula keperluan usahawan.

Itu jaminan Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin, berpandangan pembiayaan itu tidak terhad kepada mana-mana industri, dan PUNB membuka permohonan pembiayaan kepada semua usahawan Bumiputera.

“Pembiayaan kita adalah terbuka dan tiada had kepada mana-mana segmen atau hanya fokus kepada antarabangsa atau tempatan.

“Ini kerana, kita tidak mahu timbul situasi peruntukan sudah habis sekiranya usahawan dapat peluang untuk berkecimpung dalam perniagaan atau pergi ke pasaran antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan tarikh pembukaan Meet Bros Steakhouse di sini, pada Isnin lalu.

Beliau berkata, PUNB turut mengambil maklum bahawa usahawan sememangnya memerlukan pembiayaan memandangkan berlaku situasi pembekal meminta pendahuluan yang lebih besar iaitu sehingga 50 peratus berbanding 20 hingga 30 peratus sebelum ini.

PUNB diwujudkan untuk meningkatkan penyertaan dan pembabitan Bumiputera dalam bidang keusahawanan serta melahirkan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan, progresif dan berjaya. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close