GovernansMalaysiaPilihan Editor

PM Ajak Rakyat Gembleng Tenaga, Semangat Jadikan Malaysia Kembali Cemerlang

Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Malaysia akan kembali menjadi negara yang cemerlang, gemilang dan mencatatkan kemajuan pembangunan yang lebih hebat.

Justeru, Perdana Menteri mengajak semua pihak menggembleng tenaga, semangat dan perpaduan bagi menzahirkan komitmen Malaysia menjadi negara paling membangun.

“Saya yakin, kita boleh berjaya, Malaysia akan muncul antara negara paling membangun seperti dahulu ketika kita ingin capai status negara maju menjelang 2020, sudah tertinggal pun 2020, tetapi belum kecapi lagi sasaran itu.

“Sekarang, Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, nak tengok 10 tahun lagi bagaimana,” katanya dalam wawancara khas sempena setahun pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Muhyiddin juga menegaskan untuk menjalankan tanggungjawab menentang rasuah, tidak mencampuri sebarang urusan mahkamah dan melakukan yang terbaik bagi negara.

Perdana Menteri juga berikrar melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik dalam mendepani cabaran besar yang melanda negara.

Katanya, Malaysia ketika ini ketinggalan malah pendapatan perkapita juga masih kecil berbanding negara lain.

“Ini saya akui, bukan saya tidak terima, ia bukan kesalahan kita, tetapi itu keadaan kita. Lihat Jepun, Korea, suatu ketika dahulu Korea datang sini belajar macam mana nak maju, tetapi sekarang mereka sudah maju, kita masih tertinggal di belakang.

“Masalah kemiskinan kita masih ada. Ini cabaran besar, bukan kerja main-main. Saya komited, jika diberikan tanggungjawab ini kepada saya, saya akan melakukan dengan sebaiknya. Bukan nak membangga diri, tetapi di mana saya dicampak, di kementerian mana, saya sentiasa buat yang terbaik.

“Saya ingin tinggalkan legasi, bukan untuk diri sendiri tetapi buat negara,” katanya. – BERITA HARIAN

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close